Banyak sebenarnyer kegunaan HP ni selain daripada korang asek dok tulis mesej jer or gayut... So kat sini antara beberapa tip yang boleh di manfaatkan oleh korang nati... Try lar and cube pelbagaikan fungsi alat yang canggih ni... mane x canggih, 10thn dulu kite pakai tepon kat umah yang de wayar2 lagi... sekarang dah lar kecik siap leh tekan2 kat skrin lagi.. Canggih kan??? Hargai lah ape yang ada ni... (ayat power) hehehehe.. (^_~)v
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
28 February 2009
27 February 2009
Award !!!!
Hehehehe... Arini aku dapat award wehhh... bangge x??? Mesti lar bangge... Dapat award dari Budak Itam ni.. kekekek... Tapi yeke patut aku dapat award ni??? Layaknyer aku dapat Vogue memandangkan badan aku dah makin slim... heheheh...
Anyway, anyhow.... Thanks so much to En afifsempoi....
Sebenarnyer aku ni x paham sangat sal konsep award meng'award' ni.... Still konpius ngan objektif yang hendak di capai... tapi bile dah dapat award, aku layan jer...CUTE's AWARD belong to Miss Naima_ImmA
18 February 2009
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA & HARTA BENDA
Sudah sekian lama aku dah x masuk kan posting soal2 agama ni... Aduh bile ati sudah senang, makin melupakan-Mu... Ampunkan daku Ya Allah... Sesungguhnya bukan 'MELAYU' mudah lupa... Tetapi MANUSIA memang mudah lupa... Astagfirullah...
Di sini adalah aku nak kongsi same doa2 yang basic yang semestinyer dah dihafal oleh korang semua... Kalau x hafal, g bukak kitab sekarang... hehehehe... So ape lagi Renug-renungkan dan selamat beramal.. (^_~)v
Ada 5 jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i) Al-Muawwizat (Surah 3 Qul)
ii) Ayatul Kursi
iii) Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv) Ayat Berkubu
v) Ayat Penggerak
AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
Di sini adalah aku nak kongsi same doa2 yang basic yang semestinyer dah dihafal oleh korang semua... Kalau x hafal, g bukak kitab sekarang... hehehehe... So ape lagi Renug-renungkan dan selamat beramal.. (^_~)v
Ada 5 jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i) Al-Muawwizat (Surah 3 Qul)
ii) Ayatul Kursi
iii) Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv) Ayat Berkubu
v) Ayat Penggerak
AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
~~sambungan selepas ini untuk Ayatul Kursi~~
12 February 2009
CuP cakes +mania+
Giler tol pale otak aku sekarang ni... Perut pun cam x betol gak.. huhuhu... sekarang ni ape penyakit aku ntah... CUPCAKE CRAZEEE !!!!!
.
Memang giler tol... Ari2 aku sembang sal cupcake... And ari2 aku request nak CUPCAKE from mY LittLe Black SecreT... hehehehe... Mengidam sangat nak makan cupcake comel2... Tapi ntah aku sanggup makan or x kek ni.. Ntah2 wat tayangan unggul jer nanti.. hehehehe...
Ni semua gara2 Kak Nani si pembuat Cupcake... Datang opis aku kalau x bawak cupcake, mesti sembang sal CupCake... Layan lar semo blog yang jual cupcake... Nak copy design... Hehehe... Penat wehh... mate pun dah blurr jer sekarang... Rase cam nak semo jer cupcake kat Malaysia ni... hehehehe...
Hari ni Kak Nani dah setuju... Aku leh request ape2 corak pun... Tunjuk jer gambar dia akan wat... wahhhh best giler ni... Wat aku makin giler... so sekarang semua blog yang de kaitan ngan CupCake aku explore... Nak dapat kan design... hehehehe... Lastly, aku xtau lagi nak pilih camne... hehehehe...
Sekarang aku dah kompius design mane yang aku nak pilih ni... Huhuhuhu.... Patutnyer nak suh mY LitLLe BLack Secret yang pilih... Tapi dia suh aku pilih sendiri... dia tau bayor jer... ape lar, time ni lar patut dia wat pilihan... Nak tengok camne taste dia... kekekeke... Jangan mare eh Mr SecreT ku... (*_~) v peaceee!!!!
Ape macam??? Comel2 kan... Mesti ramai yang teruja dah... Pada sape2 yang berminat leh gtau aku... Aku leh tolong order kan... Ini pun bagi korang yang dok kat area Ipoh-Tronoh je lar.. huhuhu... [Kat Ipoh x jumpe lagi tempat cup cake yang lain]
05 February 2009
Jom Makan KFC... Sedapppp...
Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran.
Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam.
Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel.
Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam.
Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel.
Subscribe to:
Posts (Atom)