Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

30 July 2013

Tips Mengelakan Bayi Kuning



UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.



BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


Ehsan dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

06 June 2013

TIP MUDAH BERSALIN


1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.
3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
8. Makan kurma dalam bilangan ganjil
9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk
13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang...

<3 TIP MUDAH BERSALIN <3

1.2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang 

jom sama2 share untuk ibu2 di luar sana....

Untuk Info Mengandung & bersalin >>>>> Kehamilan Terindah>>>>> Sila LIKE !!!!


20 May 2013

Hospital Bag Checklist

Dalam xde2 mood ni, leh gak layan blog lagi... Uhuuu.... Sekarang my Kiddo dah mengjangkau 4 bulan 1 minggu... Hehehe.... Dan walaupun dah melepasi bulan ke-4, alah aku, mood aku masih lagi tidak di charge lagi... Masih lagi di tahap yang memalaskan.... Muahahahaha.....

Dalam masa memalaskan ini, desakan saiz badan memasak aku merajinkan sikit diri... Maka terpaksa jugak aku ke shopping compleks untuk mencari baju2 preggy yang sesuai.... Baju2 normal sekarang, mostly dah x sesuai aka dah x selesa di pakai.... Means, aku terpaksa membeli BANYAK baju2 baru... Duit dari nak jimat beli barang baby... Last2 banyak gak abes ke diri sendiri... Hehehehe....


Ok, tadi google punya google nak cari maternity dress yang berpatutan.... tup2 jumpe lak 1 checklist dari blog The Journey Begin.... Bile bace checklist ni, owhhh memang sangat membantu nampaknyer... Hehehe.... Walaupun masih awal, tapi ilmu dan persediaan boleh dilakukan sekarang....

Mommy & Daddy to Be Checklist

Mommy


  • Kad Pengenalan
  • Rekod kesihatan ibu (buku merah/antenatal checkup record)
  • Handphone+charger
  • Baju butang depan
  • Kain batik
  • Stokin
  • Tudung
  • Sweater
  • Toilettries (deodorant,berus+ubat gigi,sikat,sabun)
  • Towel
  • Maternity pad
  • Disposable briefs
  • Nursing bra
  • Breast pad
  • Breastpumps
  • Selipar Jepun
  • Minyak panas
  • Air/Minyak selusuh/Air zam-zam/Kurma
  • Makanan/Minuman ( biskut/snacks/air kotak/air mineral)
  • Plastik (utk uri dan baju kotor)
  • Bahan bacaan (buku doa'/yasin/magazine)


Daddy


  • Handphone
  • Camera
  • Shirt+Pants+Undergarments
  • Toilettries
  • Kad Kreadit 

Dan yang paling penting gak Baby Checklist..... Checklist ni, kat buku rekod kesihatan ibu pun dah ade mention.... Suh standby semo ni....

Baby

  • Baju baby
  • Diapers
  • Mittens+Booties
  • Topi
  • Bedung/Receiving blanket
  • Barut
  • Towel
  • Toilettries (travel pack)
  • Baby wipes
  • Minyak telon

Ok, hope, semo yang di senaraikan akan dapat disediakan seawal bulan ke-7 kehamilan.... So sekarang ni, kalau larat gi shopping, bolehlah beli sikit2 terutama barang2 baby.... Sesungguhnya, membeli barang baby buat pertama kali sangat mengujakan. Sampai aku blurr xtau nak beli ape lak... Hahahaha... Nasib hubby masih waras untuk melaksakan tanggungjawab.... Kekekeke..... 


08 April 2013

Detect your pregnancy

Alhamdulillah, hari ni, genaplah my Kiddo berusia 11 minggu.... Hehehehe... Kecik lagi sebenarnya. Masih lagi berada pada 1st trimester. Alah pun, masih kuat lagi.... Badan pun masih lemah2 jer.... Tapi hari ni, xtau nape senang jer terpanggil untuk menghapdate blog ku yang lame sepi ni.... Maybe jari jemari ni dah makin merindui untuk meluahkan perasaannya di sini.... Hehehehe...

Actually aku nak story morry lar macam mane lar aku dapat detect pregnancy aku yang lalu.... Lain orang, lain pengalamannya.... Dan bagi yang sedang menanti-nantikan berita gembira anda, mesti story ni leh berguna untuk korang.... Hehehe... Sharing is Caring right????

Sebenarnya, aturan period aku ni memang x normal. Sejak sebelum kawen lagi... 2 bulan sekali baru keluar... Huhuhu... Tapi lepas jer kawen, period cycle ku makin teruk.... 3 hingga 4 bulan x keluar.... Memandangkan riso akan masalah ni, maka aku jumpe Pakar 1.... Pakar 1 ni ganas sikit. Memula kasi ubat turun period. Lepas tu aku continue dengan ubat hormon Diane 35. Sepanjang makan ubat ni, period memang cun lar. Tiap-tiap bulan on time jer.... Sonok... Hehehe.... Tapi one day, my mak nampak lar aku makan ubat ni. Terus kena marah. Sebabnyer, Diane 35 tu ubat perancang. So kalau makan dah sure2 xleh mengandung.... Bile dapat jer tau perihal itu, terus lah aku stop.... Mase ni bulan Oct 2012.

Dan setelah stop makan Diane 35, aku langsung x period... Risonyer.... Wat UPT... Kot2 dah pregnen ker... Tapi resultnyer asek negative jer... Uhuk3.... Dan pada bulan Jan 2013, tetibe gusi aku berdarah.... Selalu gosok gigi memang lar berdarah, tapi kali ni teruk sangat.... Aku budget ni semo angkara plak di gigi yang makin melambak2 lar.... Hehehe.... Jadi aku gi klinik gigi wat scaling.... Mase ni aku cite lar, tetibe gusi berdarah... So Doc tu tanyer aku "Awak mengandung ker??? Kalau mengandung x mustahil gusi leh berdarah, sebab ade perubahan hormon..."Glurpppp telan air aku jap... Yeke aku pregnant??? So, terus lar aku wat UPT lagi.... And sekali lagi aku kecewa.... NEGATIVE yer...

Dan aku meneruskan kehidupan ku seperti biasa... Dalam pale otak, memang aku nak period jer.... Aku dah x pikir, mengandung ke x... Cume aku pikir, bile lar aku akan period??? Dan lepas tu, aku decide nak jumpe doc lagi... Kali ni aku jumpe Pakar 2 lak... Sebelum jumpe aku ade wat UPT lagi... And seperti yang di duga keputusannya NEGATIVE lagiiii.... Bile jumpe Pakar 2, sebelum dia kasi ubat, dia ade lar scan perut aku dulu... Alaa scan gitu2 jer... Bile tengok xde pape, terus dia kasi ubat turun period dan ubat stabilkan horman.... Tapi kali ni bukan Diane 35 dah... Ubat hormon yang Pakar 2 ni kasi, xkan menghalang peluang untuk aku pregnant k... Hehehehe....

2 minggu lepas aku jumpe pakar 2, aku sesaja lar gegedik wat UPT lagi.... Dan ape yang aku nampak di awal2 subuh itu????? Tadaaaa..... 2 line k..... Tetibe aku blurr kejap.... Nak kate happy, x happy.... Nak kate sedih x sedih gak. Aku sungguh keliru waktu ini.... Pagi tu jugak aku call my hubby.... Dan bile hubby dengar, dia pun tergamam.... Hahhhhh??? Betui ker???? Tanpa memasang begitu tinggi angan2, jadi aku control perasaan aku... Steady k... Lepas tu aku gi opis dalam keadaan yang more ke happy tapi samar2.... Xtau nak explain macam mane. Nak cerita kat opismate pun takut... Mane lar tau UPT aku tu rosak ker. Jadi aku rase baik aku diamkan dulu... Uhuuu.... Dan bile dah zohor, aku pergilar amek wudhuk... Mase ni aku tergamam sekali lagi sebab period aku keluar.... What??? PERIOD???? Mase ni nak nangis lar jugak.... Dah dok hampir happy2 sebab UPT pagi tadi positive.... Tup2 keluar darah lak... Adoiyaa....

Akan tetapi, darah period ku ini sangatlah sedikit. Menjelang asar dia dah kering... Tinggal saki baki jer... Jadi diri ini bertambah compius.... So aku wat keputusan untuk buat UPT sekali lagi pada pagi esok... Dan apakah keputusan UPT ini plak..???? Yeayyyy.... It's Positive..... (Alhamdulillah.....)

Dan di sebabkan keputusan yang berderetan positive (3 kali buat, semo positive) maka aku jumpe balik pakar 2.... Mase ni, dia scan balik aku.... Scan kali ni totally different dari sebelum ni... Kalau dulu doc takat sapu2 jer scanner tu atas perut... Tapi kali ni, baru dia cari betui2... Dia tekan dalam2 kat belah rahim kita ni sampai sakit jugak lar aku rase... Dan mase ni baru nampak... Subahanallah.... Comelnya baby ku.... Dan doc kate maybe baby baru sebulan.... Dan doc minta datang jumpe dia lagi 2 minggu lagi sebab mase tu, baby akan lagi clear... Hehehehe...

Mase ni xtau lar nak cakap ape dah... Syukur sesangat... Happy bukan kepalang.... X sangka impian kami telah menjadi kenyataan.... Hubby pun happy sangat.... Malam tu, mase dia sampai dari KL, punyalah dia happy.... Hehehe.....

Dan bile di kira2 balik. Sebenarnya pertengahan Januari aku dah pregnant upenyer... Iaitu mase gusi aku berdarah aritu... Betui lar cakap doc gigi tu... Maybe aku ngandung.... Dan memang betui lar aku ngandung... Hehehehe... Alhamdulillah...

Apa-apa pun syukur sangat.... Impian dah tercapai. Sekarang ni sedang memegang tanggugjawab sebagai mom-to-be..... InsyaAllah baby akan lahir pada 28 Oct 2013 nanti... Kena banyak berpantang makan, jaga tingkah laku dan berdoa banyak-banyak pada Allah semoga di permudahkan segala urusan.... Aminnn.....


Alkisah ku

Early Oct 2012 - Last Period
Early March - Detect pregnent (my kiddo was 1 month)
Middle March - Scan + bukak buku.... (Rupa-rupanya my kiddo dah 2 months)
Expected Due - 28 Oct 2013 (InsyaAllah)

06 March 2013

Indahnya Rasa

Dalam kesibukan aku menjalani kehidupan di Lab baru (Geomatic Lab), x sangka lak, aku di gemparkan dengan sesuatu yang begitu gempak sekali.... Hehehehe....

Aku rase malas nak cite lagi sekarang, sebab semo gambo2 masih x available dalam PC ini lagi... So agak x best, something yang best, tapi xde picture sebagai penyeri posting.....

Pape pun, betapa indahnya tatkala ini.... Yeaaa.... Memang best..... Alhamdulillah.... ^^

30 January 2013

New Gadget (Ngeh3...)

Here my new gadget... Jeng... Jeng... Jeng...Dedulu saya berada Dilema Angka 1... Dan kini, di lema itu telah berakhir sebab saya dah ade yang only 1..... Hehehe.... Sekarang bukan lagi J1 or V1... Akan tetapi S100.... Iyeeee.... S100... Dan paling x boleh blah, akhirnya saya pilih CANON jugak, bukan Nikon.... Jangan mare yea Nikon Group sebab saya x pilih anda... Huahuahuaaaa......

Dan yang paling membuatkan aku tergila-gilakan kamera ini adalah casing dia.... Fuhhh hati ini memang suke bangat sama ini casing sejak pertama kali menatapnya di Fraser Hill dulu... Wahhh... Wahhh... Wahh....

Selain itu, matlamat aku nak compact DSLR 100% tercapai. Sebab kamera ni memang kecik dan compact... Tapi function dia 100% DSLR... Ade lar sesikit yang not user friendly macam DSLR.... Tapi, for me, memang istiharkan as the best kamera.... Meet all requirement.... Hehehehe....

 Dan kini, kamera yang mempunyai casing yang comel ini telah menjadi milik ku.... Muahahahaha....

p/s : Sila abaikan muke tembam dan double chin tu....

17 January 2013

Pindah Opis....


Hari ini iaitu 17 Januari 2013, adalah tarikh aku kena pindah opis... Aka tukar opis.... Aduyai.... walaupun mengalami kemalasan yang melampau, keberatan hati meninggalkan opis kesayangan ini, namun demi patuh ngan arahan bos, terpaksa lar aku akur.... Alahai....

Ofcos lar sayang nak tinggalkan lab & opis kesayangan aku ni... Dah lebih 5 tahun kat sini... Dah tunggang langgang, sampai lar teratur jer sekarang ni.... Dari miskin sampai lar kaye.... Dari ade 1 trolley kecik, sampai sekarang ade 5 trolley pelbagai saiz gitu.....

Aduh sayang melepaskan menda yang kite dah lame pegang.... Dan sekarang kena pegang tanggungjawab baru.... Uihhhh.... Hati rase sungguh berdebar... Takut diri ini x mampu untuk mengharunginya dengan baik.... Bimbang andainya aku menjadi lebih teruk dari sebelum ini..... Ermmm macam2 pikir...

Keadaan opisku yang sedang siap siaga untuk berpindah.... PC lum bukak lagi.... Kui3...

Pape pun, hope semo baik2 saje.... Baru tukar opis dan lab jer... Bukan tukar department pon... Itu pun nak kalut.... Hahahaha....

p/s : tgh kemas2 Kak Niza kasitau aku jadi committee untuk Petronas Jamboree.... Wahhhh mesti havoc punyer.... I like....

09 January 2013

Bukan semua insan bercita-cita TINGGI...


Adakah anda bersetuju bahawa bukan semua insan yang bercita-cita tinggi..??? Bercita-cita mau ke langit lar... Mau ke bulan lar.... Mau ke dalam perut bumi lar (bukan maksud 'dead' yer... uhuu)... Bercita-cita mahu menakluk dunia lar.... Ok, bukan semua insan yang bercita-cita tinggi.... Ade jer golongan yang Mild saje (Bak perisa baru nescafe)... Golongan yang lebih selesa bersederhana dari sibuk mendaki langit.....

Dan itulah aku.... Aku memang pilih sederhana daripada berlebih-lebih.... Orang dah buat macam2 project aku hanya dok dalam opis main games dan blogging.... Hahahaha.... Orang lain dah dapat Ijazah, Master bagai.... Aku masih disini dengan Diploma kebanggaan aku.... Orang lain sibuk membuat anak, aku x terhasil2 lagi (Ok ini, aku x bersifat MILD... Aku sungguh STRONGER untuk mendapatkanyer.... hehehehe....)

Actually alkisahnyer begini, pada 1 January 2013 yang lalu, maka dengan rasminya aku telah naik grade dari ST2 kepada ST3.... Naik grade jer pon.... Bukan naik pangkat ke Manager pon.... Memang seronok sebab gaji naik sikit.... Tapi x seronok lebih banyak dari seronok.... Sebab kerja sudah bertambah.... Sekarang ni bos aku dah sibuk suh kitorg wat project sane sini... Masuk SEDEC, masuk EDX.... Macam bagai lar di suruhnyer... Seolah-olah aku ni student UTP lak... Seolah-olah aku ni Lecturer lak, kena buat project2 tu semo.... Tension k..... Kalaulah aku mampu buat semua tu... Buat project, buat research idak ler aku masih di sini dengan segulung diploma SAHAJA.... Dah tentu2 aku ni dah jadi Engineer kot... Xpon, paling busuk2 pun, aku dah dapat title Dr pHD kot.... Hahahaha...

Permintaan yang berlebih-lebihan melampaui kemampuan membuat aku menyampah..... Kenapa aku kena buat semo tu sedangkan dunia aku ni bukanlah untuk semua itu.... Itu dunia orang lain... Dunia yang lebih professional... Dunia aku bersederhana.... As assistant, aku cuma perlu 'assist'... Bukannyer aku perlu build sesuatu.... Sebab aku sedar aku x mampu untuk membina ape2 pun....

Jadi aku mengharap sangat agar bos aku paham.... Supaya idakler memaksa untuk kami build some project. Build some achievement  yang boleh effect ke peringkat Universiti... Saya x mampu... Kerana saya tahu, bahawa saya hanya seorang yang BERSEDERHANA dalam cita-cita saya....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin