Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Keluarga : Lelaki_Suami_Bapa. Show all posts
Showing posts with label Keluarga : Lelaki_Suami_Bapa. Show all posts

27 September 2010

Cinta Sejati Abang padamu...

Cinta sejati

Yer abang mempunyai 1 CINTA Sejati. Dan abang berharap sangat andai CINTA Sejati abang ini dapat dicurahkan kepada seorang gadis yang luhur CINTA nya pada abang.


Tapi,
Ade syarat untuk mendapatkan CINTA Sejati abang ini, iaitu :
  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda aka Degree (Dak U)
  2. Keluarga @ latar belakang yang kaya raya
  3. Mempunyai pekerjaan tetap sebagai LECTURER (only)
  4. Mampu menanggung abang ZAHIR & batin
~~~Extra advantage - Mempunyai rupa paras yang menarik lagi sesedap mata memandang...


Ayang 1
Abang, saya ingin menumpang kasih dan CINTA sejati abg selamanya. Sudikah abg menerimanya???

ABANG
Maaf ayang... Ayang x layak. Sesiapa yang impikan CINTA Sejati abg ini mestilah menepati semua ciri2 di atas. Ayang awal2 dah sangkut. Ayang takat diploma jer. Tapi abg, gah melangit ngan Degree abg. Kita x sekufu, sayang... Ayang X layak....


Ayang 2
Abang... Saya Ayang 2... Cinta abg CINTA Sejati. Sudikah abang menghulurkan Cinta abg itu padaku???

ABANG
Begitu abang kagum ngan Cinta sejati Ayang 2... Tapi sedarilah sayang, ayang bukanlah dari keturunan yang kaya raya. Bukankah dalam Agama kita menekankan pencarian jodoh mestilah di pandang kepada hartanya.... Maaf sayang... Ayang bukan pilihan abang...


Ayang 3
Abang, sekian lama ayang mencari sebuah CINTA Sejati. Dan akhirnya ayang temui abang. Abang, sudikah abg mencintai ayang dan mencurahkan CINTA Sejati abang???

ABANG
Ayang. Perkahwinan bukanlah sesuatu penyelesaian kepada semua masalah. Malahan permulaan kepada masalah yang lebih mencabar. Ayang belum bekerja... Ayang belum lagi menjadi lecturer... Ayang x memenuhi kriteria isteri abang yang ke-3, sayang. Abang xleh terima kalau isteri abang tidak mempunyai pekerjaan tetap... Maaf sayang. CINTA Sejati abang hanya untuk insan yang benar-benar layak..... Dan yang nyata ia bukan untuk ayang...


Ayang 4
Assalmualaikum abang... Sayalah Cinta sejati abang. Adakah andaian saya ini benar????

ABANG
MAAF sayang... Ayang 4 tidak layak. Abang terpaksa menyatakan demikian kerana ini reality yang abang lihat ada pada diri ayang. Ayang ada Degree, berasal dari keturunan yang kaya-raya dan seorang lecturer... Tapi sayang, ayang sangat kedekut. Kenapa ayang tidak mencadangkan supaya ayah ayang lantik abang sebagai pemangku CEO syarikat ayah ayang??? Ayang tahu, abang memang layak... Kenapa ayang biarkan abang terkontang kanting, sedangkan ayang boleh membantu???? Andai ayang membantu dahulu, sudah tentu kite sedang melayari bahtera ini dengan bahagia, denga CINTA Sejati... Maaflah sayang, ayang benar-benar x layak. Walau sesuci mana Cinta ayang, tapi ianya bukanlah untuk abang....


Ayang 5
Abang.........

ABANG
Ayang 5 x perlu berkata apa-apa... Cukuplah dengan jelingan matamu abang sudah mengerti...

Yaa... CINTA Sejati ini abang ingin curahkan padamu, sayang.... Ayanglah insan yang abg cari selama ini. Yang abang dambakan selama ini... Ayang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan berasal dari Keluarga yang agak kaya (Walaupun bukan lah kaya sangat, tapi dalam hal ini, abang tidak kisah. Cinta kita mengatasi segalanya).

Pekerjaan ayang sebagai Lecterur di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam adalah kelebihan buat ayang. Gaji bulan2 pun suatu kelebihan untuk ayang dan juga abang... Yang penting CINTA kita Sejati...

Ayang sangat penyayang... Baju pakai abang, ayang selalu hadiahkan. Itu telah membuktikan Cinta ayang sejati untuk abang... Kereta ayang pun dah menjadi milik abang... Terima kasih sayang.

Dan apa yang abang dapat balas dari keltulusan ayang tadi adalah dengan huluran CINTA Sejati dari hati yang tulus dari abang.. Bukan Cinta biasa, tapi cinta luhur yang kekal abadi hingga akhir hayat.

Rupa paaras ayang bukan menjadi ukuran. Cinta abang sejati. Walaupun gigi ayang terabur sekali pun. Walaupun kadang2 abang muak jugak tgk muka ayang yang x bape lawa dari ex2 abang sebelum ini, tapi abang x kisah.... CINTA Abang sejati...


Sebelum abang mengakhiri watikah ini, izinkan abang... Yer, izinkan abang pada suatu hari nanti, andai abang menemui CINTA Sejati abang yang lain, IZINKAN untuk abang curahkan pada dia juga. Dan andai ayang keberatan, anggaplah ini sebagai hadiah CINTA abang pada ayang... Kerana CINTA Sejati abang pada ayang, abang usahakan untuk ayang mendapatkan PAYUNG EMAS di syurga kelak. Lihatlah betapa agung CINTA abang pada ayang...

I REALLY LOVE YOU... TRUE LOVE, sayang...

27 November 2008

Pahala Sedekah Pada Suami

~~Pahala Berganda Apabila Bersedekah Kepada Suami::

Seorang wanita hartawan bernama Zainab, mendapati suaminya iaitu Abdullah Bin Mas’ud r.a. adalah seorang yang miskin. Beliau berhajat hendak bersedekah kepada suaminya, tetapi merasa ragu sama ada perbuatannya itu diizinkan oleh syariat ataupun sebaliknya.
Pada pandangan Zainab bahawa suami adalah ibarat dirinya sendiri, oleh itu jika dia bersedekah kepada suami sendiri, bererti dia umpama berbelanja untuk diri sendiri. Disini timbul keraguan didalam diri Zainab, lantaran itu dia terus merujuk perkara itu kepada Rasulullah s.a.w.

Oleh yang demikian beliau telah menyuruh suaminya Abdullah Bin Mas’ud supaya bertemu Rasulullah, untuk bertanya hukum isteri bersedekah kepada suami. Abdullah merasa keberatan untuk menanyakan hal tersebut kepada Rasulullah, lebih-lebih lagi perkara itu menyentuh masalah dirinya. Abdullah Bin Mas’ud menyerahkan urusan itu kepada isterinya, terserah kepada Zainab untuk berhadapan dengan Rasulullah, bagi mendapatkan penjelasan.

Zainab walaupun rasa keberatan serta dalam keadaan malu, ia pun pergi ke rumah Rasulullah, sesampainya diambang pintu rumah Rasulullah didapati ada seorang wanita telah berada di situ. Setelah saling bertanya, didapati keduanya mempunyai tujuan yang sama, keduanya juga agak merasa segan-silu untuk bertemu sendiri dengan Rasulullah s.a.w.

Sedang kedua wanita itu bercakap-cakap di luar rumah Rasulullah, kebetulan lalu Saidina Bilal, lantas kedua wanita itu minta jasa baik Bilal, agar dia sudi bertanyakan bagi pihak wanita itu kepada Rasulullah s.a.w tentang hokum seorang isteri yang bersedekah kepada suaminya sendiri dan juga anak yatim dibawah jagaanya. Wanita tersebut juga berpesan agar tidak memberitahu Rasulullah tentang pengenalan dirinya, kerana mereka merasa malu jika Rasulullah mengetahuinya.

Bilal segera menemui Rasulullah s.a.w. dan menyampaikan maksud kedua-dua wanita itu. Setelah Rasulullah mendengar masalah kedua wanita itu, lalu Rasulullah s.a.w. meminta Bilal memberitahu kedua wanita itu bahawa bagi wanita yang bersedekah kepada suaminya itu akan mendapat dua ganjaran dari Allah SWT, ganjaran pahala yang pertama ialah pahala sedekah dan keduanaya ialah pahala kerabat

Bedasarkan sabda Rasulullah itu menunjukkan bahawa bersedekah kepada kerabat itu sangat dituntut. Memang sewajarnya orang yang terdekat itu diberi keutamaan di dalam pemberian sedekah kerana dengan sedekah itu akan mengeratkan lagi hubungan antara kerabat.

Kesimpulannya, walaupun Islam menyuruh sangat agar seseorang itu bersedekah kerana sedekah itu mempunyai berbagai fadhilat dan kelebihan, sehingga akan menjadi payung di Padang Masyar kelak. Namun sedekah itu bukanlah menjadi bebanan kepada sesorang, kerana sedekah itu kalau tidak disuruh oleh syarak, pasti akan dilakukan juga oleh seseorang. Sebab itu orang bukan Islam pun kadang-kadang dia besedekah juga walaupun mereka tidak tahu dosa pahala. Jadikanlah sedekah itu sebagai amalan dan budaya dalam hidup seorang muslim, kerana ia akan mengeratkan hubungan persaudaraan dan menimbulkan kasih sayang di antara orang yang bersedekah dan yang menerima sedekah. Mengukuhkan persaudaraan Islam, dan akhirnya dapat mewujudkan masyarakat Islam yang harmoni dan menjadi contoh kepada masyarakat lain, mungkin akan mendorong mereka mendekati Islam apabila melihat masyarakat Islam yang begitu cantik dan indah, hidup saling bantu-membantu.

18 September 2008

aLahai kEtiaK LeLaki

Specialnya Bau Ketiak Lelaki


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang....

Dipetik dari majalah PA&MA... Feb 2004... So kengkawan kalau tengah stress tu Bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.


Moral of the Story

So kalau isteri dok tention tu...
Lepas balik riadah..
Calit sikit bau ketiak suami anda..
Yang masam tu insyaallah mood anda akan ok ..
Kepada para isteri jangan dok tension sangat...
Nanti kena cium bau ketiak...

11 June 2008

Kalau Suamiku... Jika Suamiku...

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..


JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI .... KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI ... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.


PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ????? JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin