Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Tips : Anakku. Show all posts
Showing posts with label Tips : Anakku. Show all posts

25 September 2014

Bahana Gripe Water


Penggunaan gripe water bukan perkara baru walau 2 badan besar dunia iaitu WHO & BFHI telah menggariskan tiada sebarang cecair atau makanan tambahan harus di berikan kepada bayi di bawah 6 bulan.
Penggunaannya melangkau strata status dan ekonomi dimana 2 kajian membuktikan sejumlah 43% doktor di seluruh dunia juga masih menyarankan gripe water sebagai penawar colic atau sawan tangis.
Resipi asal gripe water yang diperkenalkan Woodwards sebenarnya adalah olahan resipi seorang physician pada tahun 1840an yang mencipta penawar 'fen fever' iaitu sejenis penyakit malaria!. Gripe water TELAH DI BUKTIKAN oleh ramai saintis DAN DI PERSETUJUI RAMAI DOKTOR sebenarnya tidak mempunyai kesan signifikan. Kandungan alkoholnya yang tinggi (sebahagian jenama mempunyai kandungan alkohol 7% lebih tinggi untuk membuat orang dewasa ketagih) di percayai bertindak sebagai faktor penenang.
Sebahagian jenama yang mendakwa bebas alkohol pula mengandungi sodium bikarbonate yang tinggi dimana penggunaan berterusan boleh menyebabkan alkalosis dan milk alkali syndrome pada bayi.
Beberapa kes penyakit akibat penggunaan kerap gripe water pernah di rekodkan di seluruh dunia. Penggunaannya makin mendapat tentangan dan sebahagian negara telah pun mengharamkannya. Lebih-lebih lagi setelah lebih sedekad lalu saintis membuktikan bahawa colic atau sawan tangis yang benar-benar di sebabkan kembung, kesakitan atau ketidakselesaan perut hanyalah kira-kira 10-15% dari bayi colic keseluruhannya.
Selebihnya colic hanyalah di sebabkan adaptasi lemah bayi terhadap dunia baru dan hakikat mereka mudah rimas dengan ransangan dari keliling. Selalunya, tangisan boleh di kurangkan dengan amalan gendong, teknik cuddle cure atau teknik bertenang yg lain.
Jika bayi anda benar-benar di buktikan kembung dan anda masih ingin menggunakan gripe water atau yang setara dengannya, pastikan 6 perkara di bawah ini;
1. Gripe water terbahagi kepada 3 jenis: 1)hemopati yang menggunakan bahan semula jadi 2)dadah tiruan seperti dadah refluk atau dadah anti-gas yang juga di kenali sebagai Simethicone dan 3)berbentuk supplement tambahan
2.Pilih gripe water yang hanya menggunakan bahan semulajadi. Kebanyakkan gripe water jenis supplement tambahan tidak mendapat FDA approval kerana polisi ini tidak wajib bagi supplement manakala bagi gripe water berasaskan dadah tiruan, FDA melarang penggunaanya kepada bayi kurang 2 tahun.
3. Gripe water berasaskan dadah tiruan dan supplement tambahan memang mempunyai banyak kesan sampingan termasuk mengganggu keasidan asli perut, melemahkan tulang, merencatkan penyerapan vitamin dan lain-lain.
4. Jauhi sama sekali sebarang gripe water yang memerlukan anda memberinya secara 'regular dosing' iaitu perlu di ambil secara tetap dan bukannya hanya ketika simptom colic muncul. RAMAI IBU BAPA YANG MENJADIKAN PERKARA INI SEBAGAI AMALAN DENGAN HARAPAN MENCEGAH SEBELUM TERKENA SEDANGKAN MEMBERI SESUATU YANG TIDAK DIPERLUKAN BADAN BAYI BUKANLAH PERKARA YANG BAGUS.
5. Jauhi gripe water beralkohol kerana sangat merbahaya kepada bayi
6. Jauhi gripe water yang mengandungi sodium bikarbonate, gula, minyak dan ekstrak herba, gluten, soy serta produk tenusu binatang kerana di buktikan tidak bagus dan tidak sesuai untuk bayi kecil.
Pelbagai jenama gripe water terdapat di pasaran. Malah beberapa ubat penawar colic tidak menggunakan label gripe water sebaliknya menggunakan nama seperti dentinox, colief, infacol, colic drop dan lain-lain. Buat pilihan anda dengan bijak.

14 February 2014

Persiapan Selepas Bersalin bagi Ibu Berdarah O+ve (Baby Jaundise)

Masa pregnant, doc O&G dah warning kat mama nanti anak mama mesti kena kuning, di sebabkan mama berdarah O+ve... So mama yelah kan jer... Ape yang peliknyer. Normal lar sakit kuning di kalangan baby.... Sebabnyer, mama adik beradik semo kuning gak masa lahir... Tengok sekarang, sihat2 jer... Hehehe....

Tapi bila menda ni berlaku kat mama, baru mama tau langit tinggi or rendah.... Uhuuuu... Betapa seksanya apabila anak kena kuning.... Bukan calang-calang kuning. Tapi kuning yang agak tinggi, sampai kena warded lar jugak....

Bila tanya kat doc :

Mama : Bila anak saya akan baik???
Doc : Sabar yer puan. Memang inilah hakikat yang perlu diterima oleh ibu yang berdarah O+ve
Mama : Nape bacaan kuning anak saya makin naik..???
Doc : Sabar yer puan. Kalau ibu berdarah O+ve, memang macam ni lah bacaan kuning anak....
Mama : Bila anak saya boleh discharge hospital ???
Doc : Sabar yer puan, bacaan anak puan masih tinggi. Kami perlu membuat pemantauan....

Selalunya, doc mesti kaitkan my blood type dengan ketinggian bacaan kuning anak... Nampak sangat kedua-duanya serasi.... Alahai..... Masa ni, anak mama di tahan di wad kanak-kanak Hospital Besar Ipoh.... Kenapa mama x pergi Pantai Hospital, sedangkan mama bersalin kat sana??? Sebabnyer, doc kat Pantai hospital reject kitorg. Dia kate, kuning Baby Yana, rendah lagi (Mase tu dah 14, pada hari ke-3 kelahiran). Tapi mama x puas hati... Mama tau anak mama x sihat, maka mama drop kejap kat hospital besar. Dan bila kat sini, doc kanak-kanak terus admitted Yana. Dia kate kuning yana memang dah tinggi dan x boleh nak tunggu2 lagi.... Mase ni, berdesup rasa jantung ni.... Terkejut sangat bila anak kesayangan terpaksa admit.

Masa admit tu jam 12 tengahmalam... Bayangkan kami menjelajah dari hospital pantai pastu ke hospital besar di tengah2 malam gini sambil bawak baby... Owh3.... X sanggup nak lalui lagi saat itu.... Bila dah admit tu, Yana dah di letakan bawah lampu Fototherapy. Alhamdulillah, dia x meragam malam ni.... Pastu, mama pun di berikan katil, untuk tido menanti Yana.... Mase ni punye lar x selesa... First time tido kat hospital besar memang merungsingkan. Dengan kemudahan yang kurang dan usang.... Membuatkan mama tersangat stress.... Nak balik jer.... Ditambah lagi, kesakitan jahitan di Miss V membuatkan mama down sangat.... Dan bila dah ade kat sini, penjagaan sebagai ibu berpantang memang out of service lar.... X sempat nak pikir diri sendiri dah... Ingat anak jer.... Mujurlah Hubby kerap sekali singgah di hospital untuk beri mama semangat... Bawak bekal makan, pakai dan macam2 lagi.... Love you, my husben.... Muaahhhh.... ^^

Macam2 mama rasa.... Memula memang x seronok langsung duduk kat hospital ni.... Tapi lama-kelamaan, bila dah jumpe kawan2 kita terus jadi kuat balik.... Sebabnya, di sini, macam2 jenis penyakit yang baby alami... Anak mama cuma kuning jer.... Tu kes biasa.... Tapi kat sini mama ade nampak baby PREM, baby yang x cukup berat lar.... Baby yang terkena jangkitan kuman di kepala... Dan macam2 lagi.... Ibu-ibu kat sini, semonya sedang melalui proses berpantang. Tapi di sebabkan anak x berapa sihat, maka pantang macam x pantang nampaknyer.... Nak buat macam mana kan... Demi anak sihat, ibu sanggup lakukan apa saja...

Bila mama borak2 dengan kawan2 kat sini, mana2 baby yang kena kuning semuanya dari ibu yang berdarah O+ve.... Mase ni barulah mama sedar, kalau dah tau diri tu O+ve , maka bersiap sedialah untuk menanti anak anda di hospital... Uhuuuuu.... Yang paling penting, bila sedara mara cakap, baby diorang kuning cepat baik sebab petua itu ini, pastu siap eksen lak, anak kuning tapi xde lar sampai kena warded... Baik korang tanya balik kat deme, "Apakah jenis darah anda???" Kalau dia kata O+ve, maka bolehlah anda amalkan petua itu ini... Tapi kalau darah dia lain dari O+ve... Maka abaikan petua itu ini mereka.... Itulah kesimpulan yang mama boleh buat kat sini.... Hahaha...

Dan normal jugak kalau anak kepada ibu O+ve akan di tahan di wad buat kali kedua selepas discharge. Ini kerana anda berdarah O+ve... Hehehe... Terimalah hakikat yang anda terpaksa ulang alik hospital.... Xper, better bersusah payah... Kang kalau pakai petua itu ini, tapi kuning x turun2, mau kena sawan anak kita nanti... Nauzubillah.... Jangan letakan risiko itu di bahu anak anda...

Ok di sini mama nak kongsi sikit, perkara-perkara yang perlu dipersiapkan oleh ibu sebelum anak warded sebab jaundise....

1) 2nd Hospital Bag
Sebelum ni hospital bag untuk bersalin. Kali ni, hospital bag untuk jaga anak kat hospital.... Mesti ada :
- Baju
- Kain Batik
- Selipar Jepun
- Stoking
- Panties yang banyak
- Pad yang banyak
- Toiletries

2) Susu Kambing (kalau boleh yang fresh)
Orang kate kasi baby jaundise ngan susu kambing... Mama memang kesian kalau nak kasi baby makan itu ini... Yelaa, baru 2-3 hari lahir, kite dah sumbat bebukan. So penyelesaiannyer, meh kasi ibu sendiri yang minum... InsyaAllah manfaatnyer akan di perolehi melalui susu ibu

3) Kurma
Kurma pun baik untuk baby yang kena jaundise...

4) Madu
Antara yang dikatakan penawar kepada sakit kuning

5) Air Gula Batu
Ini pun antara petua yang diberitahu.... Alhamdulillah, baby Yana pun mama kasi... Ade kesannya gak...

6) Air Cincau
Orang kate, cincau ni bagus untuk elak atau ubati baby jaundise.... Caranya adalah, sebelum melahirkan, ibu digalakkan mengamal minum air cincau.... pas bersalin pun minum gak... Dan kalau sanggup, kasi baby minum air cincau ni... For mama, better mama yang minum, Sian kasi baby. Kang sakit perut lak dia....

7) Pil Habratus Sauda
Sebab ape mama letak pil??? Sebab mama x sanggup minum minyak habratus sauda ni.... X lalu nak telan woo... Hehehe... Syukur alhamdulillah, dengan teknologi baru ni, habratus sauda ade dalam bentuk kapsul.... Bagi mama, elok kita amalkan makanan ini. Sebab dah tertulis dalam Al-Quran sendir, habratus sauda merupakan penawar segala penyakit kecuali mati.... So kalau ibu makan, InsyaAllah anak akan dapat manfaatnyer...

8) Pati Ikan Haruan
Untuk make sure luka bersalin cepat sembuh.... Pati ikan ni paling senang diminum, walau kat hospital... Disebabkan masa dihospital dulu, mama terlalu banyak berjalan, maka 1 jahitan mama terbuka sebelum daging bercantum balik... MasyaAllah, sakitnya xtau nak cakap... Pastu mama kena jahit balik... Itu lagi sakit.... That why bagi mama, semasa di hospital, kita perlu persiapkan barang2 penjagaan diri yang paling mudah di gunakan.... Kesihatan ibu sangat penting... Kalau ibu sakit, sape nak jage baby kan.... Uhuuu....

9) Feminine Wash
Cari FW yang boleh bantu luka cepat sembuh.... Siapkan sebelum anda bersalin... Nanti masa kat hospital boleh guna.... Sesungguhnya pemulihan segera luka amat penting supaya mudah kita nak jaga anak... Kat sini mama suggest FW dari tanamera dan air garam... Caranya, masukan air basuhan ni dalam spray mini... So setiap kali selepas ke toilet, leh spray dengannya....

10) Pergi Mengurut...
Sebelum berangkat ke hospital, silalah berurut.... Sangat penting ini OK.... Kalau takut luka terbuka akibat urut, jangan urut seluruh badan, tapi urut di payudara sahaja... Ini make sure susu badan akan mudah mengalir.... Mama nyesal x g mengurut... Last2 susu badan mama x berapa productive.... Jadi, sebelum ke hospital, make sure anda mengurut... INGAT...!!!!



p/s : Di sini ada petua dari kawan yang berdarah O+ve... Dia amalkan sepanjang mengandung.... Dan bila anak dilahirkan, Alhamdulillah, anak x kena kuning.... Dia kate, sepanjang mengandung dia amalkan makan ulam raja... Makanlah dengan sambal dan nasi... Yum3... Petua yang mudah dan boleh di amalkan... Hehehe...

06 February 2014

Rawatan Selsema & Kahak Untuk Bayi - Secara Semulajadi

Kalaulah masa berpantang hari tu, mama dapat petua di bawah ini bagi membuang kahak and hingus, mestilah mama buat.... Mama kalut sangat.... Dan kesilapan mama yang paling besar adalah beri Baby Yana dengan ubat batuk dan kahak walhal, baby seawal sebulan dua, amatlah tidak baik makan sebarang ubat... Mama kesal.... Huhuhu...

Owhhh mama pun baru dapat tau, rupa-rupanya untuk sedawakan anak, jangan tepuk direct kat tulang belakang baby... Ya Allah, mama tersilap lagi... Sungguh mama xtau semua ini... Sedihnya bila mama menjadi mama yang teruk untuk Baby Yana.... Sayang, mama minta maaf... Mama x sengaja... Mama sayangkan Yana sangat2....

Di harap petua dan langkah-langkah untuk membuang kahak dan hingus bayi ini dapat mama praktik kan nanti untuk Yana dan adik2 Yana.... InsyaAllah.... Mekaseh kepada sahabat FB mama, Eijah Einol sebab sudi berkongsi petua ini kepada kami ibu-ibu yang masih terpinga-pinga.... Huhuhu....

*****************

Assalamualaikum wbt.. Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna. Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya:

1) Buat minyak bawang putih 

For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) Rawatan stim

Cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) Tepukan percussion
Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang.
Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.
Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang

Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap.

*********************

Semoga berkongsian ini bermanfaat buat kita semua.....

Saya sayang anak saya...
Mama sayang sangat-sangat pada Wardiyana Zafierah bt Mohd Rashidi....

30 July 2013

Tips Mengelakan Bayi Kuning



UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.



BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


Ehsan dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

20 May 2013

Hospital Bag Checklist

Dalam xde2 mood ni, leh gak layan blog lagi... Uhuuu.... Sekarang my Kiddo dah mengjangkau 4 bulan 1 minggu... Hehehe.... Dan walaupun dah melepasi bulan ke-4, alah aku, mood aku masih lagi tidak di charge lagi... Masih lagi di tahap yang memalaskan.... Muahahahaha.....

Dalam masa memalaskan ini, desakan saiz badan memasak aku merajinkan sikit diri... Maka terpaksa jugak aku ke shopping compleks untuk mencari baju2 preggy yang sesuai.... Baju2 normal sekarang, mostly dah x sesuai aka dah x selesa di pakai.... Means, aku terpaksa membeli BANYAK baju2 baru... Duit dari nak jimat beli barang baby... Last2 banyak gak abes ke diri sendiri... Hehehehe....


Ok, tadi google punya google nak cari maternity dress yang berpatutan.... tup2 jumpe lak 1 checklist dari blog The Journey Begin.... Bile bace checklist ni, owhhh memang sangat membantu nampaknyer... Hehehe.... Walaupun masih awal, tapi ilmu dan persediaan boleh dilakukan sekarang....

Mommy & Daddy to Be Checklist

Mommy


  • Kad Pengenalan
  • Rekod kesihatan ibu (buku merah/antenatal checkup record)
  • Handphone+charger
  • Baju butang depan
  • Kain batik
  • Stokin
  • Tudung
  • Sweater
  • Toilettries (deodorant,berus+ubat gigi,sikat,sabun)
  • Towel
  • Maternity pad
  • Disposable briefs
  • Nursing bra
  • Breast pad
  • Breastpumps
  • Selipar Jepun
  • Minyak panas
  • Air/Minyak selusuh/Air zam-zam/Kurma
  • Makanan/Minuman ( biskut/snacks/air kotak/air mineral)
  • Plastik (utk uri dan baju kotor)
  • Bahan bacaan (buku doa'/yasin/magazine)


Daddy


  • Handphone
  • Camera
  • Shirt+Pants+Undergarments
  • Toilettries
  • Kad Kreadit 

Dan yang paling penting gak Baby Checklist..... Checklist ni, kat buku rekod kesihatan ibu pun dah ade mention.... Suh standby semo ni....

Baby

  • Baju baby
  • Diapers
  • Mittens+Booties
  • Topi
  • Bedung/Receiving blanket
  • Barut
  • Towel
  • Toilettries (travel pack)
  • Baby wipes
  • Minyak telon

Ok, hope, semo yang di senaraikan akan dapat disediakan seawal bulan ke-7 kehamilan.... So sekarang ni, kalau larat gi shopping, bolehlah beli sikit2 terutama barang2 baby.... Sesungguhnya, membeli barang baby buat pertama kali sangat mengujakan. Sampai aku blurr xtau nak beli ape lak... Hahahaha... Nasib hubby masih waras untuk melaksakan tanggungjawab.... Kekekeke..... 


15 July 2009

Facts on Baby Swimming

Sebelum ni aku penah wat peview berkenaan dengan Sesorang Baby yang dah pandai apungkan diri...
Kali ni aku nak berikan beberapa fakta tambahan bagi Bayi + Berenang...
Baik untuk kita yang bakal ada Baby-baby yang cute... hehehe

3 bulan - 6 bulan

Pada usia ini bayi sudah mampu mengawal fungsi pernafasan. Lebih awal diperkenalkan, maka lebih cepat kematangan paru-paru dicapai. Pengenalan paru-paru dicapai. Pengenalan teknik pernafasan saja disarankan pada peringkat ini

6bulan - 8 bulan

Mula rendamkan bayi ke dalam air. Walaupun mungkin bayi kelihatan tercungap-cungap, keadaan itu bukan petanda si kecil takut kepada air kerana pada peringkat berkenaan, bayi nasih belum memiliki perasaan takut atau fobia.

Bawa bayi ke permukaan dan ke dalam air dalam usaha mengajarnya mengenali air. Ketika melakukan aktiviti berkenaan, ibu bapa perlu menunjukan wajah ceria & gembira. Usah tunjukan muka panik atau takut kerana bayi akan berasa lebih selesa dan mampu mengetahui perasaan ibu bapanya.
8 bulan - 10 bulan

Pada usia ini kanak-kanak sudah mampu berenang ke dinding kolam. Jarak antara air dengan gigi kolam seharusnya tidak terlalu lebar (lebih kurang 10cm)

12 bulan - 18 bulan

Ibu bapa sudah boleh menerjunkan bayi ke dalam air kerana ketika itu ia sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukannya

21 November 2008

Today is Friday...!!!!!

THIS IS YOUR STATE WHEN U COME TO WORK.........
.
.
.
Monday Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
:::::
::::
:::
::
:
.
.
.
Saturday & Sunday

01 July 2008

baBy sWimMing...wAAchaAA

It's good to teach your baby to swim

Now... comes and take ur baby to swimming pool =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin