Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Islam : Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Islam : Tazkirah. Show all posts

19 November 2012

Jangan Sekadar Boikot

Rupa-rupanya kecoh kat FB sal BOIKOT McD Breakfast Free Mcmuffin.... Mane aku tau rupanya korang semo boikot... Dah seminggu x online, inilah akibatnya... Hahaha....

Actually, aku pergi amek McMuffin free tu... Free kan.... Tengah-tengah free ni lah nak merasa... Kalau bayor, mmg x kuase aku.... Memandangkan aku memang teringin nak merasa camne lar rase mcMuffin dia ni, semakin semangat lar aku.... Inilah Cik Puan Imma, x pernah merasa pun McMuffin McD... korang yang lain, mesti dah muak makan kan??? kan??? kan???


Tapi bile tengok semo orang boikot, rase geram lar jugak.... Bile time2 camni, baru ingat sal boikot. Baru sedar sal Gaza.... Baru nak kenang nasib kanak-kanak kat sane.... Tapi bile dah abes promo Free McMuffin ni, tetibe aku tengok bebudak yang kate boikot ni, yang jadi peminat tegar Mcd.... Ape kejadahnyer semo ni??? Hohohoh... bak kate orang dalam FB, pilihan di tangan anda....

For me, boikot ni x salah.... Tapi kalau sekadar jerit2 kate BOIKOT!!!!   BOIKOT!!! Xpekdah jugak.... Perang jugak kat sane.... Seksa jugak orang kat sane.. Kelaparan jugak orang kat sane.... Jadi ape kate kalau kite amek tindakan yang lebih proaktif.... Jangan sekadar boikot... Sebab boikot ni bukan leh bantu mane pun.... Silap 1 sen pun x tersumbang dengan laungan BOIKOT!!! itu....

Ok di sini, saya nak rekemen kan 1 tempat yang boleh kite salurkan bantuan... Kesian penduduk kat sane. Banyak yang hilang tempat tinggal, tiada pekerjaan, kebuluran, penyebaran wabak-wabak penyakit.... Jadi, amat lar berbesar hati kalau kite dapat menyalurkan bantuan yang seadanya. Dengan hati Ikhlas, InsyaAllah, sumbangan anda dapat membantu...

AMAN PALASTIN

Korang boleh layari web berkenaan anadai nak menderma. Ingin tahu maklumat lanjut tentang usaha-usaha sukarelawan malaysia di sana.... Dan macam-macam lagi....

Jadi, jangan sekadar boikot. Lebih baik menyampaikan sumbangan, walau sedikit....

08 April 2011

Saham Dunia & Akhirat

Assalamualaikum kepada kawan-kawan sekalin.... Di sini Cik Gedik nak lar memberitahu, nak kongsi same-same sesuatu yang kite perlu kongsikan supaya ada insan lain yang mendapat manfaatnyer... Actually menda ni Cik Gedik dapat tau dari seorang sahabat kat UTP ni... Berkenaan dengan sumbangan derma kepada rakyat palestin di sane... Yuppp sesungguhnya NGO ini adalah 1 badan InsyaAllah kite boleh percayai di mana mereka telah menjayakan beberapa projek kat Palestine sane... Dan NGO ini dikenali sebagai AQSA SYARIF... Yang lebih menarik, projek yang dijalankan dan di usahakan bukan lah sekadar projek jangka pendek, tapi amat bermanfaat sampai ke anak cucu InsyaAllah...

Ape yang korang leh sumbangkan??? Ofcos lar duit kan... Kekeke... Tapi korang leh pilih bahagian mane duit itu nak dihalakan.... Contohnya seperti berikut :
  1. Nak bina kilang roti
  2. Projek anak angkat jarak jauh
  3. Projek beg sekolah
  4. Bantuan kanak-kanak pesakit cancer
  5. Perternakan lembu, kambing, ayam & arnab
  6. Projek ternakan ikan air tawar...
Tengok, projek2 mereka ni mmg untuk jangka masa panjang... Jadi nak tau lebih lanjut sila klik SINI....

Awat mase ni Cik Gedik masih lum beri sumbangan.... Pape pun, InsyaAllah kalau ade rezeki saya akan tunaikan tanggungjawab kite... huhuhu....

Nak derma senang jer... Leh bank-in jer... Ada 2 jenis akaun k :
  1. Tabung Palestin (Maybank Islamic - 5515 7500 4299)
  2. Tabung Pengurusan ( CIMB Islamic - 1216 0000 4521 01)
Tabung Palestin : Sumbangan yang dihulurkan khas untuk projek2 di Palestin semata

Tabung Pengurusan : Sumbangan ini digunakan bagi membiayai tenaga kerja sukarelawan, kos2 pengendalian dan pengurusan...


p/s : Marilah sama-sama kite membantu....

15 December 2010

Isteri Solehah...

Mals nak tulis pape... Kome dengar je lah ceramah tu sebab aku pun nak cakap menda yang same cam Ustaz Kazim cakap jer pon.... hohoho...


Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami



FYI, ini Part 4 sahaja, klu nak part 1 - 3 dan seterusnyer leh klik link kat bawah...

Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Part 1
Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Part 2
Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Part 3
(Part 4, sila klik kat atas ni jer yer... )
Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Part 5


Dan sebelum kite mengakhiri majlis, saya hiburkan anda dengan lagu ini.... Enjoy babe...


06 October 2010

Redhailah...

Ermmmm hari ni hati dah makin sejuk... Alhamdulillah... Xlarat lar nak wat dosa kering (Asek mengutuk orang jer... huhuhu)... Biar mangkok tu jer yang wat dosa... Dok kapel2 ngan awek baru tu... Pergilah... Aku x heran pun... Prinsip aku sekarang, Aku xmo kapel... Aku lebih mencari hubungan yang diredhai Allah sahaja... Mengikut batas-batas hubungan yang Allah telah tetapkan... Tapi ko xmo.. Ko nak gak kapel2, wat can i say....

Ermmmm lebih baik aku Redha dan bersabar atas ape yang dia dah wat kat aku. Atas pemergian dia dari hidup aku... Cukuplah Allah tempat aku mengadu. Dan akhirnya, aku makin tenang... Alhamdulillah.... Hadis di bawah ini sangat berkesan untuk aku yang 'kehilangan' sesuatu ini.... Huhuhu...

"Siapa saja di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga" (Al-hadith)

Key point dia, mesti BERSABAR... Bersabar yer Cik Imma... Xkan kiamat dunia kalau anda kehilangan si polan itu... Si polan ini... And xluak pun hidup aku bila tanpa dia... Tapi sedih tu tetap ade lar... Fitrah manusia. Xberapa kuat menghadapi ujian... Tapi percayalah, apa yang berlaku, adalah yang terbaik untuk kita...

"Tidaklah seorang mukmin di landa kecemasan, kelelahan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya" (Al-Hadith)

Dan jangan ingat kalau kite ni senang lenang jer... Huhahuha gelak besau sane sini tanda Allah tu sayang kite. Tidak semestinya... Berwaspadalah saudara dan saudariku... Dunia ini banyak tipu helahnya...

"Jika Allah menyukai seorang hamba, Dia akan memberikan di hatinya suatu kesedihan yang amat mendalam. Bila Dia membenci seorang hamba, Dia akan menjadikan dalam hatinya seruling kesenangan" (Al-Hadith)

Jadi, redha dan paling penting bersabarlah dengan ujian Allah. Dan apa yang nyata, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Apa yang kita hilang Insyallah akan di ganti dengan yang lebih baik. Tunggu saja nikmat Allah swt kerana Allah tidak pernah memungkiri janji...

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang di cukupkan pahala mereka tanpa balas..." (Surah Az-Zumar ayat 10)

Pas bebel2 nak nyanyi jap... Sangat suke lagu ini... Lagu Ketulusan Hati by Marshanda... Penyanyi ni bukan jenis pakai tudung. Tu yang aku x kuasa buh video klip dia... Tengok layout udah ler... Hehehehe...



Aku suke Syair ini... Ditulis oleh Zuhair dalam kitab Harim

Kau akan melihat sendiri keceriaan wajahnya
Jika kau bertemu dengannya
Seolah kau memberikan kepadanya sesuatu
Yang kau sendiri memerlukannya...

p/s : Pasni, ceria balik na.... Cheer up... (^o*)v

06 September 2010

Iklan Raya TV3 kena Tarik Balik

Assalamualaikum semo... Sekarang ni mood pikir nak raya jer... Sampaikan Malam Lailatul Qadar pun kite nak x nak jer cari Dan rasenya malam tadi Lailatul Qadar kot... Sebanya hari ni redup jer... Sedap mata memandang... Terasa rugi lak ngan tindakan sendiri malam tadi.. huk3...

Ni aku nak kongsi cerita ngan iklan xde iman yang di buat oleh TV3... Ini bukan isu kutuk, tapi ini realiti yang diorang wat pasal sendiri... Anyway, mujurlah iklan ni dah di tarik balik... But walaupun dah di tarik balik, ia tetap masih bersisa kat mana2 web video kat dunia ni... Kasi malu Islam saja...

Masa 1st time aku tengok iklan ni pun, dah mencarut barut aku... Bengong punya iklan... Nampak sangat anda memasukan elemen2 agama lain dan aidilfitri... Malaysia memang 1 MALAYSIA... Tapi jangan bab agama nak main campur2... Ingat ini cam wat bubur lambuk ka??? Leh main taruh jer....

Ini punya info aku amek dari blog saudara kita iaitu Kalamul Haqq... Terima kasih di atas perkongsian beliau. Aku pasan sikit2 jer kepesongan dalam iklan ni. Rupanya melambak2 lagi.... Bacalah dan hayatilah... Semoga kita terpelihara dari anasir2 jahat kafir Laknatullah...

********

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

04 August 2010

ITSAR

Istilah ini aku baru belajar masa baca Novel "Ketika Cinta Bertasbih"... Sebelum ini kita langsung xtau ade istilah ini dan sangat praktikal dalam kehidupan... Kat bawah ni aku copy & paste sebijik dari dalam novel.... Lepas bace, barulah anda paham ape itu Itsar... Insyaallah...


******

Cut Mala membawa buku pengajiannya. Segala yang musykil baginya ia tanyakan dengan tanpa rasa malu pada Anna. Anna menjawab sejelas-jelasnya dengan penuh kesabaran.

"Kak Anna, maksud kaedah ini apa?" tanya Cut Mala.

"Cuba baca apa kaedahnya!" pinta Anna.

"Kaedahnya begini Kak : Al Itsar bil qurbi makruuhun wafi ghairiha mahbuubun! Di sini tidak ada penjelasan dan contohnya sama sekali Kak. Saya belum benar-benar faham."

Anna terus menjawab dengan tenang:

"Kaedah itu ertinya, itsar, mengutamakan orang lain, dalam hal mendekatkan diri kepada Allah, atau mengutamakan orang lain dalam beribadat, itu hukumnya makruh. Adapun mengutamakan orang lain pada selain ibadah itu dianjurkan. Dalam ibadah yang dianjurkan dan disunnahkan adalah berlumba-lumba mendapatkan yangpaling afdal. Mendapatkan pahala yang paling banyak. Maka mengutamakan orang lain sangat tidak dianjurkan alias makruh.

"Contohnya, jika seseorang memiliki air yang hanya cukup buat berwudhu' untuk dirinya saja, maka ia tidak boleh memberikan air itu pada orang lain, agar orang lainboleh berwudhu' sementara ia bertayammum. Yang disunatkan adalah dia menggunakan air itu untuk berwudhu'biarkan orang lain bertayammum. Kecuali jika ada oranglain yang memerlukan untuk minum kerana kehausan, maka ia sebaiknya memberikan air itu kepadanya dan iaboleh bersuci dengan tayammum.

"Contoh lain, jika seorang Muslimah memiliki satu telekung. Lalu datang waktu solat. Ia tidak diperbolehkan mempersilakan orang lain solat terlebih dahulu menggunakan telekongnya dan ia meninggu setelah orang lain selesai menggunakan telekongnya. Yang benar adalah ia harussegera solat sebelum yang lain. Ia harus mengutamakan dirinya. Sebab solat di awal waktu itu lebih baik. Setelah ia solat, baru ia boleh meminjamkan kepada orang lain. Dalam ibadah sekali lagi dimakruhkan mengutamakan orang lain. Begitu maksud kaedah itu Dik. Kau boleh menganalogkan dengan yang lain."

Cut Mala nampak puas hati mendengar jawapan itu. tiba-tiba ia terfikir sesuatu yang menarik untuk ia tanyakan.

"Maaf Kak, saya mahu tanya. Kalau misalnya. Sekali lagi ini misalnya lah Kak. Misalnya ada seorang gadisMuslimah, di lamar oleh seorang pemuda yang sangat baik. Baik agamanya, akhlaknya, prestasinya, juga wajahnya.Lalu ia mengalah, mengutamakan saudarinya yang menurutnya lebih baik darinya dan lebih layak bernikah dengan pemuda Muslim tadi. Apa itu termasuk makruh Kak?"

Anna menatap kedua mata Mala. Sebuah pertanyaan yang membuatnya tersenyum sekaligus kagum akan kretiviti gadis dari Acheh ini. Bukankah pertanyaan yang baik adalah separuh dari ilmu?

"Menurutmu bernikah itu ibadah tak Dik?" tanya Anna.

"Ibadah Kak. Bukankah bernikah itu menyempurnakan separuh dari agama?"

"Jadi jelaskan jawapanya. Aku secara peribadi kalau menemukan pemuda yang baik, yang menurutku sungguh baik dan ada yang menjodohkan aku dengannya, ya aku akan mengutamakan diriku dulu. Tidak akan aku tawarkan pada wanita lain. Bernikahkan ibadah. Cepat-cepat bernikah juga sebahagian dari berumba-lumba dalam kebaikan. Kalau aku itsar, mengutamakan wanita lain, bererti aku akan cepat kalah. Wanita itu akan bernikah dahulu, dapat jodoh dulu dan aku belum. Jadi tertunda. Dan, tambah lagi belum tentu aku akan dapat jodoh yang lebih baik dari itu. Meskipun jodoh ada yang mengaturnya iaitu Allah. Tapi kita kan harus ikhtiar. Di antara bentuk ikhtiar, ya, ketika menemukan yang baik tidak usah mengutamakn orang lain."

Cut Mala merasa mendapatkan wawasan baru belajar pada Anna. Cut Mala terus bertanya dan bertanya. Kurang lebih satu jam setengah Cut Mala berada di bilik Anna. Menjelang Maghrib ia minta diri. Zahraza mengingatkan agar datang ke sminar.

"Jangan lupa datang dan ajak teman-teman satu rumahmu ya. Besok moderatornya Kak Anna," ucap Zahzara.

"Insya Allah, " jawab Cut Mala lirih.

******

P/s : Malas nak komen pape.... Renung-renungkan dan selamat beramal....

05 May 2010

Jawatan Kosong Yang Dikehendaki Segera


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

06 April 2010

Mengantuk & Menguap

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”... Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.


HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


Renungan Bersama tentang Menguap...

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)


b. Hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)


c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).


d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah

Ehsan dari Fadil Blog

03 March 2010

Al-Hikmah, Al-Quran


Dalam kita melangkah…

24 July 2009

Disco Arab ditenggelami bumi...

Untuk tatapan kawan-kawan semua...

Firman Allah:

Dan demikianlah azab Tuhanmu apabila Dia mengazab penduduk sesebuah kota yang melakukan kezaliman. Sesungguhnya azabnya adalah pedih dan keras. Dan sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi mereka yang takut terhadap azab akhirat. Itulah hari dihimpunkan semua manusia dan itulah hari disaksikan oleh sekalian makhluk. Tidaklah Kami melambatkan kedatangan hari (akhirat) tersebut melainkan bagi memenuhi suatu jangkamasa tertentu yang telah ditetapkan. Itulah hari di mana tiada seorangpun akan berkata-kata melainkan dengan izinNya. Dan di kalangan manusia (pada hari itu) ada yang malang dan ada yang bahagia. Adapun yang malang maka mereka itu ahli neraka yang di dalamnya (dipenuhi) suara pekikan dan suara mendayu. [Hud 102-106]

Firman Allah:

Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya gegaran hari kiamat itu adalah suatu perkara yang amat besar. Pada hari itu kamu melihat setiap ibu yang masih menyusukan anaknya melepaskan anaknya, dan setiap wanita hamil mengalami keguguran. Engkau melihat manusia semuanya mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk tetapi azab Allah yang pedih (menghilangkan kewarasan mereka). [Al-Hajj 1-2]

15 October 2008

Anai-anai & Al-Quran

Kebesaran AL-QUR'AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W



Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun…. keseluruhan kulit naskah Al Qur'an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah 'TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU'…..

APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut
LANGSUNG TIDAK MENYENTUH 'HURUF-HURUF ASAL AL-QUR'AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB'…SUBHANALLAAAH !!





Wahai Manusia Sekalian

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil
.
.
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
.
.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
.
.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
.
.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
.
.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
.
.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

19 June 2008

Kita Bertanya, Al-Quran Menjawab

JANGAN MENGELUH
'Kita selalu Bertanya
dan Al-Quran sudah menjawabnya'


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Wallahualam..

12 June 2008

Air Mata Rasulullah S.A.W

AIR MATA RASULULLAH S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"
tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku
melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bagian demi bagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang
menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah
menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas
langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu
ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar
ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul
Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat- urat lehernya menegang. "Jibril,
betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan
wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyuitu. "Siapakah yang sanggup, melihat
kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang
tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan
pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis
shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di
luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,
dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa
cintanya Rasulullah kepada kita. NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran
untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada
itu hanyalah fana belaka. Amin... Tak Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangi mu
di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin