Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Tips : Personaliti Anda. Show all posts
Showing posts with label Tips : Personaliti Anda. Show all posts

09 March 2010

Hugo Boss... Murah at Mydin

Ni adalah jalan-jalan time CNY yang lepas... Baru harini nak upload... hahaha... Sesungguhnya aku sangatlah teruja dan terkejut dan juga tidak kurang gembiranya aku apabila pulang dari Mydin Mall kat Subang Jaya tu... Kenapa??? Nanti lar jap g aku cite...

Alkisahnya bermula dari umah Abah Long kat Puchong... Sesaje ziarah dia yang baru kuar dari Sepital... Sian Abah Long ku, kaki dia bengkak... huhuhu...

Melawat orang sakit jangan lame2... Nanti makin senget diorang di buatnya... Jadi bagi membendung perkara demikian dari berlaku, kami pun beransur sejurus selepas Jam 5 (Cam kuar pejabat jer, balik kul 5... wakakaka..~~~)

Jadi selepas itu, daripada pulang saje ke rumah tanpa wat pape, baik kite jalan-jalan dulu. Kite pergi Mydin Mall ker??? Begitu lah serba sikit ayat yang kuar dari mulut abah aku... Sesungguhnya ayat tadi tu tipu jer... Aku pun x ingat ape bapak aku cakap masa tuh... Mak aku bantah memula tu, tapi kami jalankan juga... Dan akhirnya sampai lar jugak... Beso jugak Mydin Mall... 1st time pergi ni agak kejakunan lar jugak, cam puak asli jakun lar plak...

Parking kete, pastu kami pun memulakan langkah... Aku jalan ngan adik aku... My Mom ngan My Dad... Leh ker diorang jalan dua ni??? Bapak aku bukan larat pun jalan... Sakit lutut beb...~~~ Jadi aku memulakan menapak ke tingkat atas... Mak aku x sure di mana kedudukan dia sekarang... huhuhu...

Ape2 lah... Menghoyan jer aku ni... Sebenarnyer nak gtau bahawa Perfume Original kat Mydin Mall is very cheap... Cam x caye jer... Walaupun aku agak kesempitan duit tatkala ini, aku beli jugak memandangkan ianya sangat murah di tambah lagi Perfume aku yang ini, dah kehabisan stock... Macam mana pun aku sangat2 berpuas hati... Murah sangat...

Let compare our price wif other...


Hugo Boss Women

@ Mydin 100mL = RM 189.90
@ SaSa 60mL = RM180++ (Ni pun katenyer after Less... Before Less it about Rm200++)

Murah giler kan... Tiap2 mL mempunyai nilai yang beso... Harga dia macam kita beli kat Zon Bebas cukai lar plak... Jadi pada sape2 nak cari perfume murah, pergilah Mydin...

MEMANG BERBALOI..~~~~

15 September 2009

Rahsia Bantal

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak
Bantal Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

19 June 2008

Tarikh Lahir kita

Contoh kiraan dari Tarikh Lahir

Contoh tarikh Lahir
(27.07.1981)

Sikap & perwatakan (27)
2 + 7
= 9

Visi (27.7.1981)
2 + 7 + 7 + 1 + 9 + 8+ 1
= 35
= 3+5
= 8

Sifat Dalaman / bakat (hanya jika dipupuk)
= Sikap + Visi = sifat dalaman
9 + 8
= 17
= 1+7
= 8
----------------------------------------------------------------------

Definisi ringkas.

No 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.

No 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.

No 6 = Angin
Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.

No 7 = Patuh
Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

------------------------------------------------------------------
Dari pakar psikologi & Dr fadhilah kamsah pernah menerangkan kaedah pengiraan ini

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin