Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Tips : Dapur_etc. Show all posts
Showing posts with label Tips : Dapur_etc. Show all posts

15 February 2012

Hadiah Kahwin yang BEST

Ini semua gara2 aku terjumpe 1 blog yang BEST iaitu Isu BUMPER Kahwin (best ke kahwin?)... Dan aku terbace isu Hadiah kahwin... Ape yang beliau katekan memang betul. Kalau bab hadiah ni, kite ni xleh lar berkira sangat, tapi kalu udah hadiah yang kite dapat tu x berapa di gunakan x ker membazir....

Contohnyer kalau bab hadiah pinggan mangkuk... Agaknyer dah sinonim kot, pinggan mangkuk ngan pengantin baru... hahahaha.... So pe kate pasni kite wat perubahan ker... Memandangkan Cik Gedik ni bakal melangsungkan perkahwinan, pe kate kalau korang nanti datang kenduri cik Gedik, korang hadiahkan lar ape yang Cik Gedik senaraikan kat bawah.... Hik3...

Standing Iron Steam
Memangkan pasni nak kena gosok baju kemeja laki, maka barang ini amat aku perlukan... Kalau korang tengok pasaraya sane, diorang senang jer iron baju. idak cam kite kat umah. Berejam2 nak iron selai baju... So mendalah ini amat di perlukan... Kalau korang bagi, InsyaAllah, panjanglah pahala korang nanti... Aminnn..~~~~ Akan tetapi nak kasi iron biasa pun xper... Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan...

Blender
Mendalah ni aku perlukan sebab kat umah ade blender cabai jer. Kalau leh mase kawen biorlah dapat sebijik. Dan lagi best kalau dapat blender yang leh blend air... Mau Cik Gedik hidang smoothy kepada tetamu yang hadir pas kawen nanti.. Hik3...

Micro Wave
Ekceli Cik Gedik x bape gemor pakai micro wave. tapi memandangkan dah ade laki ni, elok ade sebijik... Senang sikit nak masak meggi ker. Nak pangat nasi goreng pagi tadi ker.. And pape lar.. Kalau xde, terpakse nyusahkan bini... X gitu???? Dan kalau xmo kasi microwave, leh kasi oven... Tapi xmo lar oven kecik sebab aku dah ade... Kalau kasi besau sikit, pastu saya terharu....

Cadar
Kalau dah kahwin ni kena lar selalu tukar cadar... Kalau korang kasi cadar, mesti berseri2 tempat tido kami.. Hik3....

Luggage
Kalau buntu gak leh gak kasi luggage sebijik. Luggage ni xmo beso... Muat2 baju untuk 3-4 hari cukup lar... Aku ade dah luggage besau yg leh muat 20kg baju bandung, tapi En Tunang dah warning, kalau pergi holiday ngan dia, xleh nak bawak beg itu.. Maka aku terpakse lah mencari 1 beg yang kecik... Kalau leh nak ade roda cam gambo bawah ni... Twink~~~ Twink~~~~ bestnyer kalau korang kasi mendalah ini... Hehehe...

Asek sebut barang ponpuan jer... Ekceli kalau korang buntu nak kasi ape lagi.. Korang leh jer kasi barang2 hardware cam tukul ker, drilling ker, screw driver ker and macam2 lagi... Nak xnak setiap umah memang memerlukan semo barang ni. Xkan nak tebuk dinding untuk gantung gambar kena panggil tukang ketuk... So secara x sengaja drilling, hammer ngan screw di perlukan...



Aku pun x pernah terpikir nak bagi barang camni.. Next time leh lar aku kasi kat kenkawan aku... hehehe...

So kenkawan, pasni xmo pening2 pale nak kasi Cik Gedik hadiah kahwin nanti.. Pakai ramai2, boleh lar beli ape2 item yang tersenarai di atas.... Selamat membeli... Hehehehe....

31 May 2011

Tarif Elektrik NAIK

Berdasarkan berita kat MyMetro :

PUTRAJAYA: Pelarasan baru tarif elektrik berkuat kuasa esok yang dinaikkan 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj tidak akan membabitkan kenaikan bil kepada 4.4 juta pengguna domestik selagi mereka mengekalkan penggunaan bulanan pada kadar 300kWj ke bawah.

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata dalam membuat penyelarasan terhadap kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik, kerajaan mengambil kira beberapa faktor penting.

Malah, katanya, selaras dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah, jumlah jaluran penggunaan asas untuk pengguna domestik akan dikekalkan pada 200kWj sebulan, pada kadar 21.8sen/kWj. “Oleh itu, tiada kenaikan tarif untuk pengguna jaluran penggunaan asas terdiri daripada 3.3 juta (55.4 peratus) daripada pengguna domestik.

“Bagi 1.1 juta pengguna domestik (19.1 peratus) yang menggunakan elektrik 201 hingga 300kWj sebulan, mereka juga tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan, malah kadar tarif dikekalkan pada kadar unit 33.40sen/kWj.

“Ini bermakna 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300kWj sebulan atau kurang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Semakan Semula Tarif Elektrik di Semenanjung Malaysia, di sini, semalam. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Chin berkata, penyelarasan baru itu bermakna, penggunaan antara 1kWj sehingga 300kWj tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik. Malah katanya, penggunaan antara 301 sehingga 1000kWj sebulan membabitkan 1.39 juta pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik di antara RM0.07 hingga RM30.30 (0.1 hingga 10 peratus).

Beliau berkata, bagi pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada mereka yang bil elektrik RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember ini. “Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun bagi membiayai pemberian bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di semenanjung,” katanya. Sementara bagi pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil penggunaannya juga tidak melebihi 200kWj sebulan, katanya, kadar kenaikan maksimum 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

“Pengguna industri voltan rendah seperti pengusaha industri memproses makanan kecil-kecilan menggunakan elektrik kurang daripada 200kWj sebulan pula mengalami kenaikan tarif maksimum 6.2 peratus atau RM4.00 sebulan,” katanya. Beliau berkata, tarif Industri Khas ditawarkan kepada sektor industri perbelanjaan elektrik bulanannya melebihi 5 peratus kos keseluruhan operasi masih dikekalkan dalam semakan tarif elektrik kali ini.

***************************

Syukur, sebab pengguna domestik xde kesan sangat... Tapi pada yang bil Rm70 ke atas be ware lar.... Hik3...

Dan aku yakin banyak lar bos2 aka NGO company mengeluh sebab bahagian domestik jer leh menten price lame, tapi diorang x.... Agak-agaknyer, pasni opis kite kena tukar dari aircond ke kipas kot.... Yuhuuuu~~~~~


Jom jimat elektrik.... Nak tau detail leh klik SINI...

19 January 2011

Alahai Pos Laju

Tersebut lah kisahhhhhhhhhh... Alahai Pos Laju..... Kenapa aku story mory kat sini??? Sebabnyer, sy nak tayang kat Mr FA the real choc yang i send for him... And nak story mory kepada my BFF, Cik Huda berkenaan dengan posting Cekelat kerana dia dah rindu ngan Pop Cakes Cekelat House... hik3....
.
.
.
.

Episode 1

.
.
.
.
.
.
.

Episode 2

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Episode 3





Episode 4

Kenangan lalu kepada Love Cekelat ini masih tersemat di hati... X sangke, camtu skali Pos Laju dia watkat my FA cekelat. Sedih sungguh.... Pape pun usaha mengepos tetap diteruskan. Bak kate orang tua2 'Berpantang ajal sebelum maut'....

Chayokkkk kepada Cik Cekelat from Cekelat House


p/s kepada Cik Huda : Adakah anda sudi untuk menjadi bahan eksperimen ku??? Klu ko sudi, nanti aku pos Pop Cake yang ko rindui... Semoga percubaan yang ke-3 ini akan lebih baik dari yang ke-2.... Aminnn...~~~~

11 November 2010

Air Asia - FREE SEATS

Buat pertama kali dalam hidup aku men'book' tiket online Air Asia. Sangat mencabar minda dan mental... Memandangkan Free Seats, jadi kena cepat... Kang tunggu2 lagi lar mahal... Hohoho... Disebabkan memang dah plan nak pergi ***** (destinasi perlu dirahsiakan dari paparazi) jadi dengan semangat waja pagi2 masuk opis terus bukak web Air Asia... Handal kan aku....

Memandangkan 1st TIME, jadi situasi menjadi huru hara... Himpunan mesej bersimpang siur di HP aku pada awal2 pagi... Jari aku hampir melecet akibat kekalutan memesej rakan2 subahat yang akan turut serta dalam holiday ini... Ade yang tengah period pain... [kekekeke] Ada yang tengah perhimpunan, kerja kat tempatPOLIS katekan... Giler betui... 1st TIME katekan... Mekaseh pada rakan2 yang beri kerjasama... Sesungguhnya, susah payah kite berhasil...

Dan dari pengalaman ini, saya dengan bangganya mengistihar, tiket telah berjaya di rampas dari tahta Air Asia.. Muahahahaha... Siap amek pakej luggage besau lagi... Jadi pada rakan subahat, sila bawak luggae besau... Nanti nak borong ikan masin... Kui3...

Aku dah konfirm borong sakan nanti... Nak cari buah tangan untuk family... Untuk memember... Untuk opismate... Untuk student (Apply to T&C)... Untuk bakal mak mertua (opssss...), Untuk dak cuk mo man tai (Opssss...) Aipppp... aippp..... lebih2 lah minah ni...

Memandangkan holidaynyer Bulan July tahun depan, jadi saya mempunyai banyak mase untuk saving duit untuk di bawak ke sana.... Muahahahaha... Kekekeke...

Semoga semonya berjalan ngan lancar... Amin...



Tips & Trick

Bile rase2 nak flight gune Air Asia, silalah ikut step2 kat bawah ni... (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Takut akan datang blurr balik...)

Step 1
Sila layari Air Asia.com
Bile dah klik kat BOOKING TICKET, otomatically lar akan sampai ke window kat bawah ni... Kalau x sampai tu, silalah sampaikan jugak...
Ape tujuan window ni??? Tujuannyer untuk kite bagitau Air Asia destinasi mane kite nak menghoyan...


STEP 2
Silalah pilih kapal terbang jenis ape kite nak... Nak bentuk itik ker??? Nak upe kapal selam ker??? Nak rupe pumpkin pun ade... Korang pilih jer...
Lupe nak tambah... Bukan jenis kapal terbang jer, tapi sekali ngan mase.. Pepandai lar nak pilih...


STEP 3

Ok, ini bahagian yang aku nyampah... Leceh... Bab detail aku no prob lagi... Kalau masuk detail rakan2 subahat, ade yang kucar kacir... Kui3... So selaku ketua rombongan Cik Kiah ni, jadi aku dah lantik diri sendiri untuk dibubuh ke bahagian "Contact Detail"... ISi mana yang patut yer...


STEP 4

Jeng... Jeng... Inilah bahagian lenguh... Dah mule dah dia tanya Guest kite... Kalau anda sebagai guest, sila isi lagi nama anda pada bahagian ini. Kalau anda selaku agent pelancongan jer, jangan isi. Kalau x, kena bayar kang... Kekekeke...

Sile penuhkan kesemua guest yang anda ade... TQ

Please Take note,
Sebelum nak book, silalah ambil butir2 peribadi Guest seperti berikut :
1- Nama Penuh
2- I/C Num
3- Tu jer lar...


STEP 5
Ini masih di window yang same. Cume aku scroll ke bawah sikit lar... Mase ni bayaran untuk luggage anda... Pada yangs edar diri anda tu kaki shopping, siap2 lar amek yang berat2... Untung... Mase ni harga dia murah... Dan pada yang backpack jer, memang untung, xyah bayo pape... (Aku xmungkin akan berada di kategori Backpack...)


STEP 6
Masih di window yang sama... Ni bab 'Peak A Seat'... Untuk nak jimat RM25 (VIP seat) & RM5 (Normal seat) sila klik button "Continue without picking a seat"... Bagi aku menda ni x yah... Kan leh jimat... Kalau takat naik flight g Langkawi xkan nak VIP Seat kot???


STEP 7
Dah klik button tadi, akan kuar lar window ini pulak... Bab Insuran... Aku melakukan kesilapan besau kat sini mase lalu. Ade ker patut aku beli insuran ni.. Hampeh... Bagi nak elak bayar, pada 1 window sebelum ni, sila KLIK "Cancel"... Mase tu akan kuar window kat bawah ni dan cepat2 pilih "No, Thank You". Tindakan ini dapat menjimatkan almost RM20 seorang...


STEP 8
Akhirnya sampai lah kepada kemuncak segalanya... Apa lagi, tau nak jalan, kena tau lar kuar duit... Hahaha... Sila wat pembayaran. Digalakan guna kad debit dari kad kreadit sebab kalau gune kad kreadit, nanti kena charges... Rugiiiiiii woooo....


Nanti anda akan dapat email itinerary dari Air Asia. Apa yang kite semo dah ter'list' kat situ.... Lain2 step tunggu masenyer nanti... No more experience lagi... Huk3....

Pada rakan subahat yang dah register nama, silalah bersiap sedia. Kumpul lah duit start sekarang supaya anda tidak menyesal di bulan July nanti... Kekekeke... Tentative mmg havoc lar... wehohohoho...

p/s : Pasni part time job adalah mengusha Jualan Mega kat Air Asia... Kalau dapat MAS nanti lagi best... Baru leh lagak Orang Kaya2.... Hohohohoho....

p/s kepada rakan subahat : Jangan perkenalkan diri anda di comment box saya. Nanti pecah rasier kite...

21 September 2010

Hasil Seni Cik Yasmin Nordin

My BFF masuk papet dowh... Bangge siut... Walaupun sekilas pun muke aku x terselit kat paper tu, tapi aku bangga sangat ngan kerja kawan aku ni.... Sesungguhnya dah lama dah story ni terpapar kat paper... Tapi baru lar ni aku leh hebahkan kepada semo.. muahahaha... Inilah dia my BFF, Nur Yasmin bt Mohd Nordin

**********************

KARYA-karya realisme hasil nukilan Johan Marjonid, Azman Yusof dan Abdul Latif Maulan membuka mata hati Nur Yasmin Mhd Nordin untuk mendalami erti seni lukisan sebenar.

Wanita yang mesra disapa Yasmin tahu bahawa cabang seni itu mengkehendaki sesiapa saja benar-benar mahir tentang subjek lakarannya kerana bersifat semula jadi.

Lantaran itu, seluruh fokus dan minat anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini ke arah lukisan panorama alam semula jadi seperti pemandangan bukit bukau, sawah padi atau flora dan fauna.

Satu perkara yang perlu dipastikan anak keempat dari lima beradik ini adalah kesempurnaan. Kalau boleh tidak ada satu titik yang boleh mencacatkan keseluruhan hasil karyanya itu.

''Saya memilih lukisan realisme kerana tidak suka kepada lukisan abstrak yang kurang jelas di mata sesetengah individu. Mungkin juga disebabkan saya suka melihat sesuatu yang indah dan kemas,'' katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Sains Bangunan, Victoria University of Wellington, New Zealand ini tahu akan risiko yang bakal dihadapi seandainya hasil tangannya itu mengundang rasa kurang senang di kalangan pemerhati.

Sebagai pelukis bebas sepertinya yang menimba pengalaman dan membuat pemerhatian terhadap ketika kecil hingga dewasa pasti melengkapkan diri dengan segala kemahiran sebelum mendapat pendedahan.

''Saya pernah bekerja sebagai pelukis bebas semasa belajar di New Zealand kerana masyarakat di sana sangat menghargai lukisan terutama yang membabitkan panorama alam semulajadi. Disebabkan keindahan semulajadi yang mempersonakan dan menakjubkan di sana, menyebabkan saya semakin aktif menghasilkan lukisan,'' cerita panjang lebar.

Yasmin juga pernah pernah menjual hasil tangannya kepada orang awam. Karya pertama yang pernah dipindah milik adalah sebuah pemandangan rumah api kepada pihak Hotel Museum, di kota berkenaan.

Ditanya adakah gadis berusia 25 tahun ini memandang kepada bayaran, Yasmin pantas menafikan. Katanya, apa yang dilakukan berdasarkan kepuasan diri dan sebagai pelukis amatur sepertinya memerlukan usaha untuk mengkomersialkan kelebihan mereka.

*****************

Sini ade sikit PROMOTE isu... Sape2 yang berminat nak beli hasil LUKISAN beliau ataupun nak decorate umah (Cik Yasmin ni Interior Designer tau) leh lar melayari blog beliau di DESIGNING YOUR WALL . Mase korang nak beli, korang sebut nama aku 3x, mesti dapat diskaun hebat punyer... kekeke....

02 February 2010

Nak wat garisan pada ayat anda

Tips and trick untuk wat garisan palang pada ayat anda...

Sila buat macam ini....


Contoh ayat:

Imma sangat JAHAT

Imma sangat ^strike^JAHAT^/strike^ BAIK


Hasilnya....

Imma sangat JAHAT BAIK


Ok senang kan.... Nanti senang lah nak wat k....

07 January 2009

4 all HOUSEWIFE

READ the FOLLOWING...

THEN WATCH the video...

Then pass it on!..

THIS COULD SAVE A LIFE!

I never realized that a wet dishcloth can be a one size fits all lid to cover a fire in a pan! This is a dramatic video (30-second, very short) about how to deal with a common kitchen fire... Oil in a frying pan. Read the following introduction, then watch the show... It's a real eye-opener!!



At the Fire Fighting Training school they would demonstrate this with a deep fat fryer set on the fire field. An instructor would don a fire suit and using an 8 oz. cup at the end of a 10 foot pole, toss water onto the grease fire. The results got the attention of the students.

The water, being heavier than oil, sinks to the bottom where it instantly becomes heated. The explosive force of the steam blows the burning oil up and out. On the open field, it became a thirty foot high fireball that resembled a nuclear blast.

Inside the confines of a kitchen, the fire ball hits the ceiling and fills the entire room.Also, do not throw sugar or flour on a grease fire. One cup creates the explosive force of two sticks of dynamite.


09 October 2008

Bil Elektrik kite


Ni saje tok knowledge tambahan berkenaan ngan penggunaan barangan elektrik kite kat umah dan tips untuk menjimatkan bil... Rasenyer x salah kalau nak berjimat kan... Kalau bil kurang RM20 leh dapat free gitu jer... sape nak bagi menda free zaman sekarang ni..???
p/s: klu de 20 orang cam aku ni, bankrup TNB tuh...kekekeke

...klik da pic 4 more clearer...

20 June 2008

Tong Gas

TARIKH LUPUT TONG GAS

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.
Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun :

A utk March ( Suku pertama )


B utk June (Suku kedua )

C utk Sept ( Suku ketiga )

D utk December ( Suku keempat )


2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin