KARYA-karya realisme hasil nukilan Johan Marjonid, Azman Yusof dan Abdul Latif Maulan membuka mata hati Nur Yasmin Mhd Nordin untuk mendalami erti seni lukisan sebenar.
Wanita yang mesra disapa Yasmin tahu bahawa cabang seni itu mengkehendaki sesiapa saja benar-benar mahir tentang subjek lakarannya kerana bersifat semula jadi.
Lantaran itu, seluruh fokus dan minat anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini ke arah lukisan panorama alam semula jadi seperti pemandangan bukit bukau, sawah padi atau flora dan fauna.
Satu perkara yang perlu dipastikan anak keempat dari lima beradik ini adalah kesempurnaan. Kalau boleh tidak ada satu titik yang boleh mencacatkan keseluruhan hasil karyanya itu.
''Saya memilih lukisan realisme kerana tidak suka kepada lukisan abstrak yang kurang jelas di mata sesetengah individu. Mungkin juga disebabkan saya suka melihat sesuatu yang indah dan kemas,'' katanya.
Pemilik Ijazah Sarjana Muda Sains Bangunan, Victoria University of Wellington, New Zealand ini tahu akan risiko yang bakal dihadapi seandainya hasil tangannya itu mengundang rasa kurang senang di kalangan pemerhati.
Sebagai pelukis bebas sepertinya yang menimba pengalaman dan membuat pemerhatian terhadap ketika kecil hingga dewasa pasti melengkapkan diri dengan segala kemahiran sebelum mendapat pendedahan.
''Saya pernah bekerja sebagai pelukis bebas semasa belajar di New Zealand kerana masyarakat di sana sangat menghargai lukisan terutama yang membabitkan panorama alam semulajadi. Disebabkan keindahan semulajadi yang mempersonakan dan menakjubkan di sana, menyebabkan saya semakin aktif menghasilkan lukisan,'' cerita panjang lebar.
Yasmin juga pernah pernah menjual hasil tangannya kepada orang awam. Karya pertama yang pernah dipindah milik adalah sebuah pemandangan rumah api kepada pihak Hotel Museum, di kota berkenaan.
Ditanya adakah gadis berusia 25 tahun ini memandang kepada bayaran, Yasmin pantas menafikan. Katanya, apa yang dilakukan berdasarkan kepuasan diri dan sebagai pelukis amatur sepertinya memerlukan usaha untuk mengkomersialkan kelebihan mereka.
*****************
Sini ade sikit PROMOTE isu... Sape2 yang berminat nak beli hasil LUKISAN beliau ataupun nak decorate umah (Cik Yasmin ni Interior Designer tau) leh lar melayari blog beliau di DESIGNING YOUR WALL . Mase korang nak beli, korang sebut nama aku 3x, mesti dapat diskaun hebat punyer... kekeke....
No comments:
Post a Comment