Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

28 July 2010

mY MG

Satu lagi my Matlamat tercapai.... Setelah menanti lebih 5 tahun akhirnya aku dapat gak Teddy Baru selepas Comey.... Matlamat dahulu kala pada asalnya nak paw BF.... But, sekor pun xmo bagi... Ahhhhh xnak bagi udah... Aku boleh beli sendiri daa....

Jauh aku mencari MG nih... Dari KL, seluruh Ipoh and last2 aku jumpe dia kat kedai Lovely Lace, JJ Ipoh... Owhhhhh mule2 nampak dia, nun jauh kat penjuru kabinet kedai nih... Pendek kate, kena panjat lar kalau nak tengok dia... Jadi pas aku peluk dia, aku dah rase suke.... Suke lar bangat.... Tapi x beli lagi sebab nak survey lagi... Mane tau leh dapat yang better lagi....

Dalam tengah cari2 hati dah kat MG jer... Dah lar Comey, skin dia cam tepun, pastu gebu2 sedap, harga lak berpatutan... Under my budget lak tu... Pandai Cik Imma.... Kalau jodoh x kan ke mana... Itulah pepatah yang leh aku kaitkan antara aku ngan MG.... Akhirnya, pada 2 June 2010 yang lalu aku beli dia dengan berbekalkan wang sebanyak RM89.90....

Akan tetapi, tarikh rasmi aku bawak peluk masa tido adalah pada 26 June 2010 sempena my besday yang ke-25.... Cantek lar.... My Birthday gift, aku beli sendirik.... (p/s: dah lame x dapat besday gift camni..... )

OK.... Sebelum balik, aku dating dulu ngan MG... Aku bawak dia tengok Andartu Terlampau.... Adoiiiii x besh langsung citer ni... Murahan giler.... (Xmo cite panjang2 sal Movie ni)


Dear MG (Mr Gendut)

Sesungguhnya kehadiran mu sangat ku nantikan. Memang benar, dari dulu aku menantikan mu. Tapi awal tahun ini aku nekad untuk memilikimu dengan usaha aku sendiri.... Dan akhirnya, syukur kau datang jua. Menemaniku saban malam, saban hari, saban waktu... Sabai... Sabai.... Kegebuanmu buat aku x jemu2 memeluk mu sampaikan jeles Comey ku... Tapi aku tahu, kau dan comey adalah 1... Aku bahagia melihat kegembiraan kalian berdua...

Kau tahu betapa gembiranya Comey akan kehadiran mu??? Sejak dirimu hadir, bilik ku menjadi semakin ceria. Seolah-olah ada soul bahagia yang menari-nari atas katil ku.... Comey kini sudah ada peneman.... (Tunggu aku jer nak cari teman jugak nih... kui3.....)

Oh MG, I LOVE U....

20 July 2010

SK II

Pada hari Jumaat yang lepas Miss T.am memesej aku... Dia kasi 4word mesej yang JJ bagi kat dia sal SK II ini... Ade promotion lar pulak sekarang... Adehhhh, cam membenarkan saja niat aku untuk menggunakan SK II... hohoho...

Jadi seperti yang dirancang, Sabtu lepas pergi lar ke JJ... Dengan hati yang tertumpu kat SK II sahaja, maka sampai lar kami ke SK II outlet.... Ermmm ade promotion... Yang aku tengok, kalau beli RM800++ dapat gift... Haiyoooo.... Giler apo aku nak beli menda mekap sampai RM800... Xmakan aku setahun... Pastu ade lagi offer lain... Kalau beli "Facial Treatment Essence" leh dapat FREE 1 set trial SK II... Wah menarik ni...

Jadi akhirnya aku beli lar "Facial Treatment Essence"... Apakah Essence ini??? Ini adalah cecair yang Sammy Cheng selalu tepuk2 kat muke dalam iklan TV tuh... Yang kate ade Pitera2... Yang kate touch the miracle... Ntah miracle ntah idak... Yang pasti gaji bulan ni akan melesapkan RM359 secara otomatik.... Haiyaaa.....

Disebabkan hari itu ada promotion, jadi sape yang beli "Facial Treatment Essence", akan dapat 1 set trial cleanser, toner ngan moisturizer yang bernilai RM98... Lagi best aku dapat posh bag kecik kaler merun tuh.... Bagus2... Aku suke FREE gift.... kekeke...

Selepas agenda aku tercapai, kite beransur kepada agenda Miss T.am.... Banyak menda dia nak wat & cari kali ni... Macam bese lar... Orang bakal berkahwen... kekeke... Chaiyok T.am... Sonok Cik T.am dah dapat beli sarung kusyen ngan reben....


SK II

Adakah produk ini baguih... Kalau tengok pada reputasi dan style dia jual memang meyakinkan lar... Di tambah lagi produk dia ni bukan target orang yang ciput2 duit cam aku... Tapi target dia Mak2 datin, businesswomen, dan anak2 orang kaye.... hohoho...

BUT

Bile aku teliti dia punya ingredient dia, perghhhhh kiciwa lar sikit....

::Facial Treatment Essence::
Galactomyces Ferment Filltrate, Butylene Glycol, Pentylene Glycol, Water, Sodium Bemzoate, Methylparaben, Sorbic Acid

::Facial Lift Emulsion::
Water, Saccharomycopsis Ferment Filltrate, Gylcerin, Niacinamide, Sucrose Polycottonseedate/ Topocpherol, Isopropyl Isostearate, Butylene Glycol, Dimenthiconel/ Dimenthiconol, Isohexadecane, Polyacrylamide/C13-14 Isoparaffin / Laurenth-7, Cety Alcohol, Topopheryl Acetate, Panthenol, Polymethylsilsesquioxane, Stearyl Alcohol, Benzyl Alcohol, Methylparaben, Cetearyl Alcohol / Ceteary Glucoside, Disodium EDTA, PEG-100 Stearate, Stearic Acid, Propylparaben, ethylparaben, Dipamitory Hyroxyproline, Sodium hyroxide


Kalau di lihat sekali imbas, terdapat unsur chemical yang bernama 'PARABEN' dan ape yang aku tau kosmetik yang ade unsur paraben idak ler elok... Aku dah teliti semua barang yang aku dah beli tuh, semo ade paraben...

Pastu SK II ini ade unsur alcohol... Dulu orang kate shampoo yang ade alcohol x elok, leh rosak kan rambut... Lar ni, dalam mekap pun ade... X merbahayakan kulit muke kah??? Aku x reti sal istilah2 chemical ni... Cik T.am musti tau... Leh tolong saya???? hohoho...

Memandangkan duit dah melayang, pakai jer lar... Nak pakai sekerap yang di sarankan promoter tu, rasenyer idak ler.... Suh pakai 2x, aku pakai sekali... Leh jimat... kekeke...

p/s : Cik T.am, anda xpat lar nak tengok berubahan pada muke saya ujung bulan ni sebab budget awal bulan depan baru nak start gune... nak perabeh kan ape saki baki produk lame... hohoho.... tunggulah kemuculan ku di pertengahan Ogos.. Wachaaaa..~~~

19 July 2010

Keraguan berkenaan KENTUT...


Soalan:


Jika orang yang sedang solat itu ragu-ragu sama ada dia telah buang angin (kentut) atau tidak, atau dia merasakan sesuatu pergerakan dalam tubuhnya, maka adakah dia harus menghentikan solatnya atau dia teruskan saja?


Jawapan:

Kalau dia yakin yang dia memang telah buang angin (kentut), dia hendaklah menghentikan solatnya, tetapi jika dia tidak yakin atau ragu-ragu, janganlah dia menghentikan solatnya - sehingga dia benar-benar telah yakin, sama ada dengan mendengar bunyi atau mencium bau yang tidak enak. Jika dia pasti yang dia telah buang angin, dia hendaklah menghentikan solatnya, kalau tidak, maka jangan pedulikannya.

Dalil mengenai hal ini adalah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

"Jika salah seorang daripada kamu sedang solat dan tiba-tiba merasakan suatu pergerakan di duburnya, dan merasa ragu-ragu samaada dia terkentut atau tidak, dia tidak perlu menghentikan solatnya sehinggalah dia mendengar bunyi atau menghidu baunya."

(Abu Daud, 177; juga lihat Sahih al-Jami'; 750.)

Ini adalah salah satu kaedah dalam Islam untuk mengubati penyakit was-was (bisikan tipu daya syaitan.)

Ehsan dari ♥ La Tahzan

15 July 2010

Ayat Pengasih

Doa ini My Abah yang ajar. Dia kate bacalah doa ini selalu. Moga ditemukan jodoh kamu... Mekaseh abah... Susah hati dia tengok anak dia Heart Broken. Masih membujang lak disaat2 sesuai berumah tangga... Huhuhu...

Pastu aku try google... giler memang fofular ayat ini. Mula-mula pelik gak nape Surah Yusof ayat ke 4 ni dijadikan ayat pengasih sebab makne ayat ini macam xde elemen kasih-kasihan. Tapi petunjuk Allah lebih besar dari segalanya. Manusia dibebaskan untuk berusaha, tapi Allah yang akan menetukan segalanya....


Langkah-langkah

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.


1 - Surah Yusuf, Ayat 4


Maksudnya:

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


Kemudian setelah membaca surah tersebut teruskan dengan membaca keratan ayat di bawah


2 - Keratan Surah Thaahaa Ayat 39

Maksudnya:

dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.


Peringatan

Jangan disalah gunakan ayat ini kepada insan2 yang tidak berkenaan... Dan jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

14 July 2010

MaruZe :: Tinggal Kenangan

Sangat-sangat mengejutkan apa yang berlaku pagi tadi sebelum aku nak pergi kerja. Setiap pagi aku akan tersenyum-senyum malah gelak beso pun ade bermain ngan Hamster aku... Tapi pagi ni, aku menjerit beso... Innalillah.... Aku nampak jasad Maru kaku berlumuran darah sambil menggigit cage dia... Ya Allah apa yang dah jadi????

Baru sesaat tadi aku dengar dia main2 dalam cage... Dia gigit cage dia. Tetapi selepas itu sepi... Aku ingat dia dah tido... Penat main dari malam tadi. Rupanya dia di timpa malang... Aku tol2 x sangka menda ni terjadi pada Maru...

X sangka stage dalam cage dia jatuh dan menghempap mulut dan hidung dia sampai berdarah... Ya Allah, kuatkan semangat ini untuk terima hakikat ini...

[Tinggal kenangan MaruZE]

Bawah ni last picture Maru... Aku x sanggup nak snap, tapi memandangkan aku nak simpan as kenangan aku snap jugak... Mase ni Maru dah mati dah.... Sedih sangat... Berjurai air mate aku... Sampaikan tibe terlintas di fikiran aku macam manalah seorang ibu tergamak membuang anak mereka sendiri. Aku yang tanam seekor hamster pun dah sedih sangat...

Tadi aku tengok dia main2.... Sekarang, aku tengok dia terkulai layu...

Selamat tinggal Maru... Saya minta maaf... Ini kecuaian saya dalam menjaga kamu... Saya sayangkan kamu... Kamu sentiasa dalam ingatan saya... Maru, kamu pergi tanpa belum sempat main2 dengan anak2 kamu....

Mungkin salah aku... Aku kurung Maru sejak Mira bersalin. Means sejak Isnin lepas. Macam biasa Maru akan meronta nak main kat luar... Memandangkan aku takut Maru kaco anak2 dia jadi aku kurung dia... Aku nak elak kan anak2 hamster lain di ganggu Maru last2 dia yang pergi dulu... Pergi yang x akan kembali...

Dulu MaruFIF hilang sebab dia lari... Aku sedih, tapi x sesedih ini... Kini MaruZe mati akibat cedera dalam cage.... Mulut dia kena himpap oleh stage yang ade dalam cage tu mase dia gigit cage. Aku nampak badan dia kaku. Mase nak angkat dia untuk tanam, macam x percaya itu Maru...

Teringat mase mula2 beli MaruZe... Dia garang... Suke gigit aku... Pastu garang giler ngan Mira... Sampai aku x nampak dia ni gentlement. tido lak berbunyi... Kelakar... Tapi lame kelamaan Maru x gigit aku dah... Dia pun slalu jer tido ngan Mira... Tapi keganasan dia dalam menggigit cage xleh lawan ngan MaruFIF... Tu pasal terlintas aku nak wat Cage dalam cage... Kasi aman dia main... hehehe... Sejak dah de cage dalam cage, senyap sikit... Xdelar asek mengamuk gigit cage...

Rasenyer xmo pikir untuk mencari pengganti MaruZe... Memandangkan Mira ade baby untuk di jaga, aku harap baby2 itu akan menemani Mira... Andai kate baby Mira kali ini mati jugak, barulah pikir mencari pengganti untuk MaruZe... Aku xleh biarkan pula Mira hidup keseorangan... Sian dia...

MaruZe, saya sayangkan awak.... (12 Apr - 14 July 2010)

::Lagu Tinggal Kenangan ini saya tujukan pada MaruZE::

13 July 2010

Mohon Kasih

Saya tujukan lagu ini kepada Si Dia, kalau2 dia sudi mencurahkan kasih sayang dia pada saya.... Bukan mengharapkan yang lebih-lebih cukuplah sekadar kasih di jari MANIS ku....
~Mohon Kasih~
[Ayat skema, x leh blah..... ]



p/s : Siyes, aku tujukan lagu ini pada Si Dia... Kalau2 dia sudi nak kasihi aku.... huk... huk..

12 July 2010

Photografer - Saiful Nang

Minggu lepas aku google punyer google lar berkenaan ngan photografer... Ni semo kes Bride-toBe yang nak cari photografer. Tibe2 aku jadi lebih RAJIN dari biasa. Walaupun sebelum ini memang sentiasa rajin... Hahahaha...

Memandangkan aku ni punyai Taste yang agak GEDIK berkenaan gambar jadi banyak jugak lar komen2 aku terhadap photografer kat Malaysia ini...Ofcos ade yang bravo.... Walalalala sampai aku ulang2 balik view portfolio diorang dan ade yang average jer... To all photografer, jangan mare or kecik ati yer... Saya sayang anda semua.....

Yang ni aku baru terjumpe... Wowww dia nampak professional... Dan gambo2 yang dia ambil memang ade nilai2 estetika yang tinggi.... Tengoklah gambor2 dia kat bawah ni... Mesti anda akan berkate menda yang same sambil tepuk2 tangan... BUT, bukan lah dia yang 100% professional.... Photografer lain pun banyak jugak yang bravo, cume beza mereka ngan Saiful Nang ialah Saiful Nang de wat video You Tube... Leh aku cilok... Waka... waka... waka... Video kat bawahhhhh tu yang menarik hati aku...

[Aku suke gambar yang di ambil semasa bergerak aka menari... Nampak real]

[Aku suke pic ni sebab aku dapat rase betapa sonoknyer 2 orang kapel nih]

[Gambar camni bakal aku miliki... Sila bayangkan yang menari itu Cik Gedik.... kekekek]

[Sweet wif my husband... Tunggu lar, akan aku posing cenggini gak...]

[Ni posing tahap WAJIB]


Video ni aku cilok kat web site dia. Silalah melayari Saiful Nang diSINI. Kenapa aku buh video ni??? Sebabnyer, Ia bagi inspirasi macam mana nak dapatkan angel bagi menghasilkan gambo yang cantik... Kalau diikutkan keadaan dia sama jer macam kita, tapi apa yang dia capture, menonjolkan keindahan insan itu....

07 July 2010

Bile Mrs Maru Tido

Kecomelan yang melampau bile tengok My Mira aka Mrs Maru tido... Kalau korang tengok, sure berguling2 gelak... memang kiut giler... Dah lar badan montel debab... Kuci... kuci... kuci... Mira...

[Ssyhhhh operasi skodeng nak mule]

[Dekat sikit beb....]

[Kasi Zoommm habis lar...]

[Hahaha... terbongkang Mira tido... ]

[Other site]

Kalau dah tido camni, bagi makan pun bukak mate sebelah jer... Giler lena... hohoho... Miss pulak kat Maru & Mira....

06 July 2010

Blog Award


Yehaaawwww.... 1st time kena tag aka dapat award... Ini semo gara-gara Cik C'cHaNteQue ManiS aka Cik Huda.... Mekaseh Huda... Ko dah memecah tradisi aku untuk kena tag... Berjurai air mata tanda terharu... kekekeke... Aku sayang ko Huda... Muahhhhzzz...

Ni soklan2 yang aku pun x pasti nak kena jawab or x... Tapi aku jawab jer lar... Bagi memenuhi ilmu di dada para pembaca blog nih nanti...

1. Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama itu?
Gedik Geli Girlz (3G) nama diberi... Diberi kerana ilham ala-ala gedik tibe2 muncul di dalam pikiran. Ditambah lagi dengan secukup rasa pendangan kawan2 semo... Time kaseh korang...

2. Jelaskan kenapa, bagaimana anda boleh dapat idea nak letak URL blog anda?
Soklan panjang tapi aku jawab pendek...
Sebabnyer adalah aku nama aku bintikan bapa ku... tu pasal pakai URL demikian...

3. Bila blog anda mula beroperasi?
6th September 2008 - Ini semua angkara Pitya selaku Mentor Blog aku...

4. Siapa follower pertama anda?
Alaahhhh x pat detect lar... (buget banyak sangat follower lar tuh)

5.Ucapan anda kepada si pemberi award
Terima kasih kepada Cik Huda yang bagi award ini kepada ku... Yang memilih daku untuk di tag... Terharu siut... Huk... huk.. huk...

6. Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat award istimewa ini
Adoiyaaaa... Banyak nyer nak kena aku tag nih... xper lar aku tag sikit2 jer lar...

- Miss Bride To Be (Athirah)
- Miss in Love (Juju)
- Miss Doctor (Jeem)
- Miss Artistic (Imin)
- Mr Gorila (Nonon)
- Mr Hapacrita (Jamil)
- Mr H (Halmy :: anda terpaksa tag jugak... maap yer)

Aku rase takat ni jer lar yang mampu aku tag... huhuhu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin