Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

18 November 2011

BERITA BURUK UNTUK SI BAPA!


BERITA BURUK UNTUK SI BAPA! BAYI HARUS BERKONGSI KATIL IBU SEHINGGA 3 TAHUN 

Berita buruk untuk golongan lelaki yang bergelar Bapa...Nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak, dilaporkan bahawa bayi anda sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun. Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.

Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.

Lagi dan lagi info, bolehlah refer terus ke FB Persatuan Ibu Ibu Comel Mengandung

p/s : Wahai bakal suamiku, adakah anda dah ready nak hadapi semo ni??? Hehehehe....

With Love,
Your Future Wife ^^

17 November 2011

Sedang Memerah Otak....

Tatkala ini saya sangat bizi dalam pencarian di Google untuk beberapa perkara. Dan antara main coursenyer adalah seperti di bawah..... Aduh sudah penin... baru ngadap sejam, sudah penin kaa????

Adakah aku perlukan rehat??? Ehhhh jangan.... Anda mempunyai masa yang semakin terhad.... Tolong lar disiplin sikit... Kang xsiap... Xkan nak pulun last minit kot.... Ade brani kaa???? Hohohoho...

Ok, memula aku sedang cari idea camne nak decorate balang VIP door gift aku nanti.... Kena start sekarang memandangkan sem depan aku ade student, dan x banyak mase... Jadi plan, minggu ni dah nak cari reben.... Masalahnyer sekarang, aku xtau camne nak hias balang tu lagi.... Adehhhh idea please... idea please... Uhuuu~~~~
Second aku kena cari decoration untuk langsir bilik aku nanti yang bakal jadi bilik pengantin... Eheee.... Theme, nanti lar... Aku pun masih keliru.... Weekend ni nak gi Nagoya untuk beli kain... Dan terus tempah lar... Oleh itu aku kena tau fesyen ape yang aku nak.... Alahai...~~~~
Third, aku kena pikir gak sal HP baru aku... Kak Mas dah ngajak suh order Ahad ni... So nanti New Year, hp baru lar... Lalalalala... Orang lain dah lame tukar pakar touch screen ni... Aku baru nak meraba-raba... Adehhh....
So misi di hari Khamis yang indah ini adalah, aku perlukan ketenangan...~~~~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin