Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

25 September 2014

Bahana Gripe Water


Penggunaan gripe water bukan perkara baru walau 2 badan besar dunia iaitu WHO & BFHI telah menggariskan tiada sebarang cecair atau makanan tambahan harus di berikan kepada bayi di bawah 6 bulan.
Penggunaannya melangkau strata status dan ekonomi dimana 2 kajian membuktikan sejumlah 43% doktor di seluruh dunia juga masih menyarankan gripe water sebagai penawar colic atau sawan tangis.
Resipi asal gripe water yang diperkenalkan Woodwards sebenarnya adalah olahan resipi seorang physician pada tahun 1840an yang mencipta penawar 'fen fever' iaitu sejenis penyakit malaria!. Gripe water TELAH DI BUKTIKAN oleh ramai saintis DAN DI PERSETUJUI RAMAI DOKTOR sebenarnya tidak mempunyai kesan signifikan. Kandungan alkoholnya yang tinggi (sebahagian jenama mempunyai kandungan alkohol 7% lebih tinggi untuk membuat orang dewasa ketagih) di percayai bertindak sebagai faktor penenang.
Sebahagian jenama yang mendakwa bebas alkohol pula mengandungi sodium bikarbonate yang tinggi dimana penggunaan berterusan boleh menyebabkan alkalosis dan milk alkali syndrome pada bayi.
Beberapa kes penyakit akibat penggunaan kerap gripe water pernah di rekodkan di seluruh dunia. Penggunaannya makin mendapat tentangan dan sebahagian negara telah pun mengharamkannya. Lebih-lebih lagi setelah lebih sedekad lalu saintis membuktikan bahawa colic atau sawan tangis yang benar-benar di sebabkan kembung, kesakitan atau ketidakselesaan perut hanyalah kira-kira 10-15% dari bayi colic keseluruhannya.
Selebihnya colic hanyalah di sebabkan adaptasi lemah bayi terhadap dunia baru dan hakikat mereka mudah rimas dengan ransangan dari keliling. Selalunya, tangisan boleh di kurangkan dengan amalan gendong, teknik cuddle cure atau teknik bertenang yg lain.
Jika bayi anda benar-benar di buktikan kembung dan anda masih ingin menggunakan gripe water atau yang setara dengannya, pastikan 6 perkara di bawah ini;
1. Gripe water terbahagi kepada 3 jenis: 1)hemopati yang menggunakan bahan semula jadi 2)dadah tiruan seperti dadah refluk atau dadah anti-gas yang juga di kenali sebagai Simethicone dan 3)berbentuk supplement tambahan
2.Pilih gripe water yang hanya menggunakan bahan semulajadi. Kebanyakkan gripe water jenis supplement tambahan tidak mendapat FDA approval kerana polisi ini tidak wajib bagi supplement manakala bagi gripe water berasaskan dadah tiruan, FDA melarang penggunaanya kepada bayi kurang 2 tahun.
3. Gripe water berasaskan dadah tiruan dan supplement tambahan memang mempunyai banyak kesan sampingan termasuk mengganggu keasidan asli perut, melemahkan tulang, merencatkan penyerapan vitamin dan lain-lain.
4. Jauhi sama sekali sebarang gripe water yang memerlukan anda memberinya secara 'regular dosing' iaitu perlu di ambil secara tetap dan bukannya hanya ketika simptom colic muncul. RAMAI IBU BAPA YANG MENJADIKAN PERKARA INI SEBAGAI AMALAN DENGAN HARAPAN MENCEGAH SEBELUM TERKENA SEDANGKAN MEMBERI SESUATU YANG TIDAK DIPERLUKAN BADAN BAYI BUKANLAH PERKARA YANG BAGUS.
5. Jauhi gripe water beralkohol kerana sangat merbahaya kepada bayi
6. Jauhi gripe water yang mengandungi sodium bikarbonate, gula, minyak dan ekstrak herba, gluten, soy serta produk tenusu binatang kerana di buktikan tidak bagus dan tidak sesuai untuk bayi kecil.
Pelbagai jenama gripe water terdapat di pasaran. Malah beberapa ubat penawar colic tidak menggunakan label gripe water sebaliknya menggunakan nama seperti dentinox, colief, infacol, colic drop dan lain-lain. Buat pilihan anda dengan bijak.

08 September 2014

DIY : Manjakani

Tips untuk wanita selepas bersalin lagi...  Yeayyy......

Baru dapat cara-cara ini dari officemate.... Mekaseh dear.... Dulu atok penah suh makan manjakani.... Tapi aku xtau camne caranya... Dia suh gesek kat pasu.... Aku masih blurrr.... Camne nak wat.... Lepas dah di explain lebih detail dari member... Barulah nampak... Hik3..... Otak dah beku... Lambat pickup.... Kekeke.....


Sebab DIY Manjakani...

Kalau beli yang dah siap mix tu, riso ade campur rempah ratus yang berbagai-bagai herba... Dan yang paling riso, kalau anda BF effect lak kat baby... Sian baby comey kite tu....

Kalau buat sendiri senang adjust.... Nak gentel2 kasi telan gitu ker.... Nak rebus kasi minum ker.... Orrrr nak wat basuh kat pepet ker (untuk bersalin normal yaa)... Semo kite leh kasi settle.... Bagus kan....


Langkah 1

Pil Manjakani - gesek kat tepi pasu or tepi lesung batu..... Bile dah tu, amek and gentel2 macam makjun.... Siap.... Leh ngap terus.... Senang kan...


Langkah 2

Minuman Manjakani - Rebus buah manjakani dalam 10-15 minit..... Biarkan suam2 dan leh terus minum.... Yang ni mencabar sikit. Sebab terasa lar sikit pahit2 dia... Auwwww....


Langkah 3

Feminime Wash - Rebus manjakani dalam 10-15 minit...... Suamkan dan leh digunakan untuk basuh kat bawah tu.... Luke pon leh baik cepat... InsyaAllah... Nak lagi senang, dah siap rebus, masukan dalam botol spray.... Pas g toilet, sembur kat situ dan biarkan ianya kering..... InsyaAllah cepatlah baik....

Matlamat Mama Gedik...

Nak cube buat manjakani ini..... Kasi training dulu... Nanti da tiba mase idak ler terkial2.... Eheeee.....


p/s : pada penduduk #seriiskandar .... Senang jer nak cari manjakani... Leh pergi ke Syuhada Beauty kat Bandar U...... Yang lain2.... Kat mydin pon ade katenyer..... Ce try.....

21 August 2014

Senaman Payudara

Senaman Payudara. Very simple dan sangat bagus di amalkan oleh New Mama or Old Mama... Hik3.... Mama kena wat ni... Kena kasi menten sikit... hik3...


senam

Bagi memastikan payu dara sentiasa pejal, anda digalakkan mengamalkan senaman ringkas. Gerakan mudah ini mampu merangsang otot payu dara agar sentiasa tegang dan anjal.
  1. Pusing bahu
Duduk di atas kerusi dengan bahu tegak. Pusing secara membulat pada kedua-dua arah. Ulang sebanyak 12 kali bagi setiap arah.

  1. Tekan tapak tangan
Temukan kedua-dua belah telapak tangan dan tekan secara bertentangan pada bahagian tengah tapak tangan. Tahan selama 10 saat baru dilepaskan. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali.

  1. Tangan ke atas
Tegakkan kedua bahagian lengan pada sudut 90° dan gerakkan keduanya ke atas dan silangkan bahagian pergelangan tangan setinggi yang boleh. Ulang langkah ini sebanyak 10 hingga 12 kali.

  1. Kuatkan  otot dada
Berdiri tegak dan angkat lengan hadapan sehingga paras siku. Cuba tegangkan otot dada dan lengan dengan pergerakan. Kira satu hingga lima kemudian baharu dilepaskan. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.
senam1senam2 senam3senam4

Mekaseh to Pa&Ma . Jasamu amat ku hargai.....

Chaiyokkk mama....

22 July 2014

Rindu sangat untuk Berblogger

Sangat lame mama x berblog... Almaklumlar... Sekarang udah macam2 ade... Instagram ade... Fb usah cakap lar... Tweeter ade.... macam2 lar.... Yang paling ketara, sekarang nak update x layan gune pc... Semo gune hp jer.... Mama pon... Hahahaha... Sebab tu lame x berblog.... Aritu try test pakai hp, blogaway.... Tapi cam x feel.... Kekeke... Kena balik ke basic kot....

Sekarang ni, anak mama dah 9 bulan da... Alhamdulillah... Dah pandai duduk... Esoknya, dah berdiri... Amazing..... Arini, gigi dah kuar sebatang.... Sangat lar cumel.... Alhamdulillah...



Ok, malas nak taip bebanyak... ade menda yang best baru syiok share... Ini syiok sendiri jer... Kekeke...

Babai....

21 March 2014

Try Test berblog gune Android...

Owhhhh terasa excited lak bile berblogging gune hp.... Sungguh smart hp sy... ahaha.... Bile da macam ni, terasa diri ini semakin canggih.... Bolehkan mama meriakkan diri???? Owhhhh please lar mama.... Baru lar ni ade android berinternet... Orang lain da berzaman dah subscribe tenet kat hp k... Hahahaha....

Ok lar, name pun try test....

Ekceli ni post kedua mama taip... Tadi ntah ape silap tekan, ilang post yang mama baru taip... Huhuhu.... Sadis kan....

Semoga berjaya mengepost entri ini.... Mama asi tunjuk sikit muke gedik mama ngan baby bam bam....

Ok. nah amek....

COMEY X MAMA????

Comeyyyyyyy...!!!!!


Posted via Blogaway

14 February 2014

Persiapan Selepas Bersalin bagi Ibu Berdarah O+ve (Baby Jaundise)

Masa pregnant, doc O&G dah warning kat mama nanti anak mama mesti kena kuning, di sebabkan mama berdarah O+ve... So mama yelah kan jer... Ape yang peliknyer. Normal lar sakit kuning di kalangan baby.... Sebabnyer, mama adik beradik semo kuning gak masa lahir... Tengok sekarang, sihat2 jer... Hehehe....

Tapi bila menda ni berlaku kat mama, baru mama tau langit tinggi or rendah.... Uhuuuu... Betapa seksanya apabila anak kena kuning.... Bukan calang-calang kuning. Tapi kuning yang agak tinggi, sampai kena warded lar jugak....

Bila tanya kat doc :

Mama : Bila anak saya akan baik???
Doc : Sabar yer puan. Memang inilah hakikat yang perlu diterima oleh ibu yang berdarah O+ve
Mama : Nape bacaan kuning anak saya makin naik..???
Doc : Sabar yer puan. Kalau ibu berdarah O+ve, memang macam ni lah bacaan kuning anak....
Mama : Bila anak saya boleh discharge hospital ???
Doc : Sabar yer puan, bacaan anak puan masih tinggi. Kami perlu membuat pemantauan....

Selalunya, doc mesti kaitkan my blood type dengan ketinggian bacaan kuning anak... Nampak sangat kedua-duanya serasi.... Alahai..... Masa ni, anak mama di tahan di wad kanak-kanak Hospital Besar Ipoh.... Kenapa mama x pergi Pantai Hospital, sedangkan mama bersalin kat sana??? Sebabnyer, doc kat Pantai hospital reject kitorg. Dia kate, kuning Baby Yana, rendah lagi (Mase tu dah 14, pada hari ke-3 kelahiran). Tapi mama x puas hati... Mama tau anak mama x sihat, maka mama drop kejap kat hospital besar. Dan bila kat sini, doc kanak-kanak terus admitted Yana. Dia kate kuning yana memang dah tinggi dan x boleh nak tunggu2 lagi.... Mase ni, berdesup rasa jantung ni.... Terkejut sangat bila anak kesayangan terpaksa admit.

Masa admit tu jam 12 tengahmalam... Bayangkan kami menjelajah dari hospital pantai pastu ke hospital besar di tengah2 malam gini sambil bawak baby... Owh3.... X sanggup nak lalui lagi saat itu.... Bila dah admit tu, Yana dah di letakan bawah lampu Fototherapy. Alhamdulillah, dia x meragam malam ni.... Pastu, mama pun di berikan katil, untuk tido menanti Yana.... Mase ni punye lar x selesa... First time tido kat hospital besar memang merungsingkan. Dengan kemudahan yang kurang dan usang.... Membuatkan mama tersangat stress.... Nak balik jer.... Ditambah lagi, kesakitan jahitan di Miss V membuatkan mama down sangat.... Dan bila dah ade kat sini, penjagaan sebagai ibu berpantang memang out of service lar.... X sempat nak pikir diri sendiri dah... Ingat anak jer.... Mujurlah Hubby kerap sekali singgah di hospital untuk beri mama semangat... Bawak bekal makan, pakai dan macam2 lagi.... Love you, my husben.... Muaahhhh.... ^^

Macam2 mama rasa.... Memula memang x seronok langsung duduk kat hospital ni.... Tapi lama-kelamaan, bila dah jumpe kawan2 kita terus jadi kuat balik.... Sebabnya, di sini, macam2 jenis penyakit yang baby alami... Anak mama cuma kuning jer.... Tu kes biasa.... Tapi kat sini mama ade nampak baby PREM, baby yang x cukup berat lar.... Baby yang terkena jangkitan kuman di kepala... Dan macam2 lagi.... Ibu-ibu kat sini, semonya sedang melalui proses berpantang. Tapi di sebabkan anak x berapa sihat, maka pantang macam x pantang nampaknyer.... Nak buat macam mana kan... Demi anak sihat, ibu sanggup lakukan apa saja...

Bila mama borak2 dengan kawan2 kat sini, mana2 baby yang kena kuning semuanya dari ibu yang berdarah O+ve.... Mase ni barulah mama sedar, kalau dah tau diri tu O+ve , maka bersiap sedialah untuk menanti anak anda di hospital... Uhuuuuu.... Yang paling penting, bila sedara mara cakap, baby diorang kuning cepat baik sebab petua itu ini, pastu siap eksen lak, anak kuning tapi xde lar sampai kena warded... Baik korang tanya balik kat deme, "Apakah jenis darah anda???" Kalau dia kata O+ve, maka bolehlah anda amalkan petua itu ini... Tapi kalau darah dia lain dari O+ve... Maka abaikan petua itu ini mereka.... Itulah kesimpulan yang mama boleh buat kat sini.... Hahaha...

Dan normal jugak kalau anak kepada ibu O+ve akan di tahan di wad buat kali kedua selepas discharge. Ini kerana anda berdarah O+ve... Hehehe... Terimalah hakikat yang anda terpaksa ulang alik hospital.... Xper, better bersusah payah... Kang kalau pakai petua itu ini, tapi kuning x turun2, mau kena sawan anak kita nanti... Nauzubillah.... Jangan letakan risiko itu di bahu anak anda...

Ok di sini mama nak kongsi sikit, perkara-perkara yang perlu dipersiapkan oleh ibu sebelum anak warded sebab jaundise....

1) 2nd Hospital Bag
Sebelum ni hospital bag untuk bersalin. Kali ni, hospital bag untuk jaga anak kat hospital.... Mesti ada :
- Baju
- Kain Batik
- Selipar Jepun
- Stoking
- Panties yang banyak
- Pad yang banyak
- Toiletries

2) Susu Kambing (kalau boleh yang fresh)
Orang kate kasi baby jaundise ngan susu kambing... Mama memang kesian kalau nak kasi baby makan itu ini... Yelaa, baru 2-3 hari lahir, kite dah sumbat bebukan. So penyelesaiannyer, meh kasi ibu sendiri yang minum... InsyaAllah manfaatnyer akan di perolehi melalui susu ibu

3) Kurma
Kurma pun baik untuk baby yang kena jaundise...

4) Madu
Antara yang dikatakan penawar kepada sakit kuning

5) Air Gula Batu
Ini pun antara petua yang diberitahu.... Alhamdulillah, baby Yana pun mama kasi... Ade kesannya gak...

6) Air Cincau
Orang kate, cincau ni bagus untuk elak atau ubati baby jaundise.... Caranya adalah, sebelum melahirkan, ibu digalakkan mengamal minum air cincau.... pas bersalin pun minum gak... Dan kalau sanggup, kasi baby minum air cincau ni... For mama, better mama yang minum, Sian kasi baby. Kang sakit perut lak dia....

7) Pil Habratus Sauda
Sebab ape mama letak pil??? Sebab mama x sanggup minum minyak habratus sauda ni.... X lalu nak telan woo... Hehehe... Syukur alhamdulillah, dengan teknologi baru ni, habratus sauda ade dalam bentuk kapsul.... Bagi mama, elok kita amalkan makanan ini. Sebab dah tertulis dalam Al-Quran sendir, habratus sauda merupakan penawar segala penyakit kecuali mati.... So kalau ibu makan, InsyaAllah anak akan dapat manfaatnyer...

8) Pati Ikan Haruan
Untuk make sure luka bersalin cepat sembuh.... Pati ikan ni paling senang diminum, walau kat hospital... Disebabkan masa dihospital dulu, mama terlalu banyak berjalan, maka 1 jahitan mama terbuka sebelum daging bercantum balik... MasyaAllah, sakitnya xtau nak cakap... Pastu mama kena jahit balik... Itu lagi sakit.... That why bagi mama, semasa di hospital, kita perlu persiapkan barang2 penjagaan diri yang paling mudah di gunakan.... Kesihatan ibu sangat penting... Kalau ibu sakit, sape nak jage baby kan.... Uhuuu....

9) Feminine Wash
Cari FW yang boleh bantu luka cepat sembuh.... Siapkan sebelum anda bersalin... Nanti masa kat hospital boleh guna.... Sesungguhnya pemulihan segera luka amat penting supaya mudah kita nak jaga anak... Kat sini mama suggest FW dari tanamera dan air garam... Caranya, masukan air basuhan ni dalam spray mini... So setiap kali selepas ke toilet, leh spray dengannya....

10) Pergi Mengurut...
Sebelum berangkat ke hospital, silalah berurut.... Sangat penting ini OK.... Kalau takut luka terbuka akibat urut, jangan urut seluruh badan, tapi urut di payudara sahaja... Ini make sure susu badan akan mudah mengalir.... Mama nyesal x g mengurut... Last2 susu badan mama x berapa productive.... Jadi, sebelum ke hospital, make sure anda mengurut... INGAT...!!!!



p/s : Di sini ada petua dari kawan yang berdarah O+ve... Dia amalkan sepanjang mengandung.... Dan bila anak dilahirkan, Alhamdulillah, anak x kena kuning.... Dia kate, sepanjang mengandung dia amalkan makan ulam raja... Makanlah dengan sambal dan nasi... Yum3... Petua yang mudah dan boleh di amalkan... Hehehe...

10 February 2014

Selingan : Bila diri ini Diperbodohkan.....

Jeng... jeng... jeng....

Sebelum ini asek post pasal bersalin jer, sekarang mama mood xbape nak ok, so mama nak luahkan sedikit kesakitan yang melanda di dalam hati.... Sikit ker??? Owh sebenar sangat banyak, sampai mengalir air mata mama ni.... Nak taip pun susah.... Kasi lap cepat2... Kang orang lain nampak kate mama giler lak... hahaha...

Ekceli mama tengah kecewa dengan hal pejabat mama ni.... Rase down sangat mental mama ni... Sampaikan nak keje pun mama xde mood langsung... Nak benti keje jer rase.... Sebab rase meluat dengan politik officemate dan bos mama kat sini.... Nasib lar, mama ni bukan orang loaded... Kalau x, dah say bye2 jer kat semua balaci-balaci yang sedang syok tikam mama dari belakang.... Syok kan tikam orang... Leh cepat naik pangkat.... Hahaha....

Lagi kecewa bile bos sendiri memberi sokongan penuh kepada balaci-balaci dia tuh... Dan akhirnya mama yang jadi mangsa.... Siap mama kena ugut lagi (bukan directly ugut. Ni ugut secara sindiran k... Kalau direct ugut, mama sure buat report... Leh sumbat dia dalam penjara kot... Hahaha...) Sedihkan.... Selama ni kite kerja dengan hati yang ikhlas dan gembira... Kita support each other.... Tapi sekarang semua kasih sayang mama kat office ni dah ditanam dalam kubur oleh bos sendiri.... Yesss tiada lagi sayang untuk kerja.... Baguskan begini... Mungkin ini yang bos saya suke... Ok lah, kalau dia suke, kita proceed jer lar..... Saya kan kuli awak....

Kalau perli lebih2 pun x guna pun.... Mungkin leh tenangkan hati... Boleh lar... Lega lar jugak.... Tapi balik ni, bila mama tengok Yana mesti mama nangis.... Sape x nangis woo... Sakit k.... Kena tikam, pastu kena tanam... Lum masa ajal, tapi dah kena tanam... Mestilah sakit.... Bak kate orang, tanam hidup2.... Mekaseh boss dan officemate ku.... Baik hati korang sebab buat i macam ni....

Sekarang, mama berharap dan berdoa supaya korang akan dapat rase balik macam mana bila di tikam dan di tanam hidup2.... Mama berdoa pada Allah, semoga hati mama kuat untuk berhadapan dengan korang... Supaya mama ada upaya untuk melaksanakan kerja yang telah diberikan. Mama juga harap, apa yang mama rasa sekarang dirasai oleh bos mama sekali... Dia ade anak bini... Patutnyer dia paham ape yang mama rase.... InsyaAllah, suatu hari nanti, Allah akan tunjukan dan rasakan balik akan apa yang mama rasa seakrang.

06 February 2014

Rawatan Selsema & Kahak Untuk Bayi - Secara Semulajadi

Kalaulah masa berpantang hari tu, mama dapat petua di bawah ini bagi membuang kahak and hingus, mestilah mama buat.... Mama kalut sangat.... Dan kesilapan mama yang paling besar adalah beri Baby Yana dengan ubat batuk dan kahak walhal, baby seawal sebulan dua, amatlah tidak baik makan sebarang ubat... Mama kesal.... Huhuhu...

Owhhh mama pun baru dapat tau, rupa-rupanya untuk sedawakan anak, jangan tepuk direct kat tulang belakang baby... Ya Allah, mama tersilap lagi... Sungguh mama xtau semua ini... Sedihnya bila mama menjadi mama yang teruk untuk Baby Yana.... Sayang, mama minta maaf... Mama x sengaja... Mama sayangkan Yana sangat2....

Di harap petua dan langkah-langkah untuk membuang kahak dan hingus bayi ini dapat mama praktik kan nanti untuk Yana dan adik2 Yana.... InsyaAllah.... Mekaseh kepada sahabat FB mama, Eijah Einol sebab sudi berkongsi petua ini kepada kami ibu-ibu yang masih terpinga-pinga.... Huhuhu....

*****************

Assalamualaikum wbt.. Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna. Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya:

1) Buat minyak bawang putih 

For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) Rawatan stim

Cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) Tepukan percussion
Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang.
Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.
Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang

Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap.

*********************

Semoga berkongsian ini bermanfaat buat kita semua.....

Saya sayang anak saya...
Mama sayang sangat-sangat pada Wardiyana Zafierah bt Mohd Rashidi....

05 February 2014

Persiapan Sebelum Bersalin....

Masa mama belum bersalin, beria-ria sangat wat persiapan "Semasa" bersalin. Dan mengabaikan keperluan "Selepas" bersalin.... OMG, seriusly, mama dah buat kesilapan besar. Sesungguhnya keperluan "Selepas" bersalin adalah lebih penting dari "Semasa" bersalin.... Ini bukan main-main, ini serius.... Hehehe....

Memandangkan mama ni baru bersalin anak pertama, sesungguhnya, terlalu banyak perkara penting yang mama miss... Uhuuuu... Sadis kan... Dan apabila persiapan selepas bersalin, x buat selengkapnya, jadi tensen lar.... Terutama apabila kita terpaksa menguruskan sendiri empunya badan yang dah kondem ni... Hahaha... Malas lar nak bebel pepanjang sebagai muqadimah. Meh sini, mama nak story morry ape yang perlu kita prepare "SELEPAS" bersalin versi keperluan Mama....

Keperluan Selepas Bersalin

1) Kain Batik
Standby banyak2... Kalau boleh 10++... Bile lepas bersalin, kita xkan ada masa dan xcukup kudrat untuk basuh baju selalu. Please standby lebih.... Senang...

2) T-shirt Lengan Panjang
Orang tua2 marah kalau masa pantang pakai short2... Kita kena pakai menutup seluruh aurat... Kecuali rambut lar... Ini adalah mengelakan dari badan mudah masuk angin...

3) Stoking Bola
Sila prepare stoking banyak2 gak.... Bila masa bersalin, banyak menda x larat buat... Kalau boleh semo pakaian nak pakai buang jer (idak laer kite pakai buang gak)... Same lar cam stoking... Kalau nak rase bersih dan selesa kena tukar selalu gak.. So prepare banyak2... Beli jer borong kat Mydin.. Hehehehe...

4) Batu Tungku + Daun Mengkudu + Kain Balut Barut
Menda ni sangat lah penting... (Mekaseh kat mak mertua, sebab hari2 dia panaskan tungku untuk menantu dia... Sayang sangat kat mak...) Better guna tungku yang di perbuat dari batu sebab tungku moden tu banyak risiko... Mama punye tungku moden penah pecah semasa di charge... Ce bayangkan, kalau ianya pecah mase kita bertungku.... Eeeee ngeri.... Lagi ngeri kalau baby kite ada berhampiran.... Menangis x berlaguuuu kau....

Daun mengkudu lak, untuk balut tungku supaya kain x koyak dan sebagai penawar kepada si ibu... bagus.... Kalau xde daun ni, dah sure2 kain akan hangus... Panas tu batu tu...

Kain plak, standby lar beberapa set... Bukan per, senang hangus dan koyak.... Untuk elak penin kepala masa berpantang, better prepare awal2....

5) Set Bersalin
Yang ni penting gak... Tapi x lar terlalu penting... Mama beli set bersalin Tanamera... Idak pun guna sangat.... Rase membazir jer... Banyak yang mama x guna + X sempat guna sebab sibuk mengisahkan anak comel mama.... Huhuhu.... Tapi kalau boleh, standby lar sikit jamu2 untuk lulur kat perut, pil untuk kecut rahim dan teh herba untuk elak sembelit....

6) Anmum Lacta
Sesiap beli Anmum Lacta 5 - 6 kotak.... Seriusly berguna.. Mama menyesal x beli masa berpantang ritu... Ingat xleh minum susu masa pantang... Tu yang x beli... Last2 susu pun x bape nak jadi... Dah lar mama ni spesis kurang susu.... Makin payah lar.... Mama ade makan Set Menyusu dari Shaklee... X berkesan lar.... Sadis sangat... Duit habes, tapi x de hasil...

7) Kettle Air
Kettle Air masak ni sangat penting k.... Kalau anda yang ade Water Heater leh abaikan bahagian ini... Mama guna kettle ni untuk wat air mandi... Mase berpantang kan kena mandi ngan air suam... So inilah kegunaan dia.... Hehehe....

8) Garam Kasar + Besen
Garam ini digunakan untuk mencuci Miss V kita yang luka itu.... Memandang mama kena epi aritu, maka, bahagian Miss V tu punyalah sakit.... Memang xtau nak explain camne, tapi sangat sakit sampai takut nak beranak lagi.... Uhuuuu.... Dan atas nasihat nurse, garam kasar merupakan pilihan terbaik dan termurah untuk mencuci bahagian itu....

Cara-caranya :
Masukan air separa panas (bukan tahap suam) kedalam besen. Dan gaulkan dengan 2 gengam garam. Nak buh lebih pun xper.... Lagi bagus... Pastu, duduk dalam besen itu dalam 10-15 minit. Buat 2 kali sehari....
Untuk besen lak, sekarang ade besen khas yang kita boleh letak dalam mangkuk tandas duduk tu... Boleh di dapati di farmasi.... Kalau nak tau camne rupa dia, nanti mama upload k.... Actually besen ini sangat berguna pada kita.... Walaupun selepas bersalin, pencucian Miss V dengan garam adalah sangat bagus....

9) Pati Ikan Haruan
Walaupun x sedap langsung, tapi telankan jugak... Kate nak baik kan.... Kalau korang dapat beli ikan haruan, xpe lar... Tapi mama x dapat.... So Pati ikan haruan menjadi pilihan... Mama makan brand Polleney & Harwany.... Berapa set kena beli, balun jer selama sebulan.... Mama makan sepanjang berpantang... Nak cepat2 baik2 luka katakan... X sanggup wooo.... So sepanjang berpantang mama beli 4 kotak pati ikan haruan... Next delivery, mama nak standby lebih... Kasi makan 44 hari... Hehehe...

10) Lain-lain Supplement
Mase berpantang, mama makan vitamin dari Shaklee... Memandangkan mama dah terbeli aritu, jadi mama telan aje lar.... Mama makan Alfafa Complex dan B Complex... Vitamin B Complex ni sangat berguna sebab leh kasi mama tenaga masa berpantang.... At least bila bangun menyusu untuk tiap-tiap 2 jam tidak lar merasa tensen... Hehehe... Dulu mase xde anak lagi, da  bese tido jer... Bila ada anak, tetiba xpat tido, memang menekankan... Kejutan budaya katekan...

11) Baju Breast Feeding
Walaupun mase berpantang kita ni idak lar leh kuar memana, tapi ingat, mama kena kuar gak... Bukan pegi mana, pergi klinik or hospital jer... Samada nak anta cucuk sebulan atau lain2 kes... Macam2 hal mase berpantang, jadi prepare jer... Baju BF ni guna sebab baby ni nak nyusu x kira masa... Xkan nak selak besar2 mase nak tunggu giliran kat klinik... Jadi baju BF sangat penting... Mama aritu tertinggal kat Perak... Maka, sangat lar susah nak nyusukan Yana mase kat klinik... Alahai, kalau di ingatkan masa bersalin, memang memenatkan.... uhuuu...

12) Madu dan Kurma
For me, mama rasa 2 makanan sunnah ni sangat lah bagus tatkala berpantang... Mase pantang ritu, mama x prepare proper untuk 2 makanan ni... Rase rugi pun ade... Huhuhu.... Sebabnyer, madu dan kurma sangat bagus untuk penghasilan susu ibu... Pastu, ia dapat memberi tenaga dan memanaskan badan... So badan maintain sehat walau dah putus banyak urat... Hehehe...


Ok dah 12 menda dah yang perlu prepare sebelum bersalin... Banyak tu... Pasni, mama akan update lagi pasal baby jaundise dan pengalaman mama menguruskannya.... Yelaa, Baby Yana 2 kali kena tahan hospital tau... Sian baby dan mama... Huhuhu....

K see u soon.....!!!!!!!



23 January 2014

Syukur Alhamdulillah..... Namanya Wardiyana Zafierah

Syukur Alhadulillah, mama panjatkan kepada Ilahi kerana memberi mama kesempatan untuk melalui semua ini... Dari mengandungkan Yana, melahirkan dan sekarang mama dan abah di amanahkan untuk menjaga dan mendidik Yana... Alhamdulillah kerana di panjangkan umur mama bagi melalui semua ini... Mama bersyukur sangat....

Inilah dia, anak kesayangan mama iaitu Wardiyana Zafierah bt Mohd Rashidi.... Alhamdulillah sekarang dah 3 bulan dah.... Walaupun xlar 100% sihat, tapi mama syukur kerana tumbesaran Yana sempurna, baik2 saje... Alhamdulillah.... Macam inilah anak mama...


Pada tanggal 19 Oktober 2013 yang lalu pada jam 1.45 ptg, selamatlah Yana di lahirkan ke dunia... Alhamdulillah, sebab semuanya di permudahkan... Alhamdulillah, doa2 mama termakbul.... Sungguh mama sangat terharu melihat anugerah Allah yang terindah ini, ada dalam dakapan mama.... Sungguh indah masa pertama kali melihat Yana... Mama teruja sangat sebab walaupun dah sejam Yana di lahirkan, Yana x tidur. Seakan menanti mama dari lena kepenatan disebakan bersalin. Buntal jer mata Yana sambil terkebil2.... Mungkin hairan, kenapa keadaan sekeliling sangat berlainan dari sejam yang lalu... Tetiba diri terasa  lapang jer... Sebelum ni sempit jer... hehehe....

Banyak pengalaman yang akan mama kongsikan di sini.... Bermula dari masa bersalin, sehinggalah ke saat ini.... Bukan nak kongsi nak tunjuk terror, tapi sebagai guide untuk bakal2 ibu kat luar sana, dan sebagai reminder untuk diri sendiri bagi menghadapi saat2 bersalin yang akan datang (InsyaAllah...)


*** Mood sekarang........ Dah asek tengok gambar si bulat mama ni, membuatkan mama rindu sangat kat sayang.... X sabo nak jumpe Yana petang nanti.... Mesti bulat jer... Hehehe... Love you sayang...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin