12 June 2008

ALL ABOUT WHAT WOMEN WANTS

1. Kalau perempuan tanya :
Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi :
Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya :

You dah makan ke?

Makna tersembunyi :

Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata :
Lawa-lawa la baju kat sini, yek.

Makna tersembunyi :
Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata :
Rasa macam nak pening la.

Makna tersembunyi :
Tolong picit kepala.


5. Kalau perempuan kata :
Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi..

Makna tersembunyi :
Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh baju sekali, yek.


6. Kalau perempuan kata :
Kita lebih sesuai berkawan saja.

Makna tersembunyi :
I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata :
I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...

Makna tersembunyi :
Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.


8. Kalau perempuan tanya :
You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?

Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


9. Kalau perempuan kata :
I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.

Makna tersembunyi :
Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


10.Kalau perempuan kata :
I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.

Makna tersembunyi :
Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin