26 November 2009

Salam Aidiladha to aLL

Sesungguhnya ucapan ini dengan seikhlas hati saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger saya.. And also tu all my follower especially... And kepada seluruh Umat Islam di dunia ini... Semoga kita mendapat Keberkatan dari-Nya... Insyaallah..

Salam Aidiladha


25 November 2009

Melawan Kesepian

Lagu ini sesungguhnya kawan aku bernama Juliana atau dikenali sebagai "Tipah" mase kat poli dulu... Thank a lot Ju... Terasa jugak dengan lirik lagu ni. Menyentuh perasaan ini dari dalam...

Dulu memang lagu ni xde makne bagi aku, tapi sekarang ianya mengusik sungguh. Sekarang aku rase betul-betul sepi. Sepi dari "Harapan". Sepi dari "Cinta" dan sepi dari "Rindu" oleh seorang yang bernama LELAKI...

Ohhhh aku xleh hidup tanpa lelaki kah disisi sehingga boleh jadi SEPI begi... Ermmm, hope aku leh lawan "KesepiaN" ini... Insyaallah...

~~ Hayatilah lagu ni kalau anda SEPI ~~

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

24 November 2009

mY New Life

Aku rase ini yang terbaik untuk aku pilih. Dah 2 minggu aku x pat nak wat pape, sekarang, aku kena bangkit lar...

Bangkit dengan dunia BARU
Bangkit dengan semangat BARU
Bangkit dengan agenda BARU
Bangkit dengan harapan BARU
Bangkit dengan jiwa BARU
Bangkit dengan azam BARU

&

Kalau ade rezeki, aku menanti CINTA sejati ku... (^o~)v

Kalau ikutkan saja kate hati. Kalau di kenangkan balik kisah lame, jangan harap aku akan pulih. Dalam buku Jangan Bersedih pun kate, kita jangan mengimbau kenangan lalu. Xde pape gunanya.

Kat sini aku buh sikit sedutan yang suke dalam buku tu..

"Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payudara ibu dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda. "

Banyak lagi kata-kata EMAS, Hadith2, Puisi dan Firman-firman Allah swt yang begitu menenangkan. Memang betul ape yang terjadi pasti terjadi. Kalau kita sekat pun, akan terjadi jugak dan hati kita tetap akan terluka. Aku luka sekarang mana tau selepas ini aku akan temui penawar yang lebih baik dari yang dijangkakan.

"Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya"

Hope all will back on their position after back... Chaiyokkkk...!!!!

psstttt : sekarang feel cite Full House balik.. Ntah nape?????

20 November 2009

Aku X Percaya Cinta

Lagu ni bermakne sejak aku ngan mY Black Secret berpisah... Ermmm susah lar nak percaya cinta... Semuanya bohong jer... Semua jantan same jer... Bile berjanji xtau nak kotakan... Bile memujuk, pijak semut pun x mati... Tapi bile dah berubah hati, madu pun terasa pahit... Sakitnyer hati... Terlalu senang hati dia berubah... Bagaikan ombak yang menghempas pantai... Tinggi macam tsunami, bile hempas ke pantai, ilang macam tu jer... Ermmm...

Aku Tak Percaya Cinta - Liyana Jasmay


Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Namaku tak perlu disebutkan
dari suara pasti kau kenalku
rupaku tak payah dibayangkan
memang kau tak rugi bertemuku

Ku selalu lihat dari jauh
kutahu kaupun rasa sesuatu
bila kau perlu diriku tiada
biar menjadi misteri hidupmu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey

Memang benar kau jadi rebutan
ramai gadis yang terpikat denganmu
tapi aku beza dari semua
bukan aku menjual mahal

Kerana ku cukup semua
hanya tiada hmmm teman lelaki
sekadar sekadar cuci mata
melihat lelaki seperti kamu

Aku tak pernah fikirkan cinta
sekadar mengusik kamu
biarlah cinta yang datang padaku
aku tak percaya

Aku tahu kau ingin bercinta
janganlah cepat jatuh cinta
berkawan dahulu baru ceritanya sempurna

Hey hey hey hey
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya cinta
Aku tak percaya C I N T A

Baru semalam aku bermimpi bertemu kamu
Peliknya rasa lantas kutersedar
Aku tak percaya

17 November 2009

Hampir Dirogol

Sesungguhnya Allah itu sentiasa dekat pada hamba-hamba-Nya

~~ Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

MORAL CERITA INI
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Tinggal Kenangan antara Kita

~~ Tinggal Kenangan ~~
Lagu ini saya tujukan kepada Mohd Afif Salami b Marzuki...

Pernah ada
Rasa cinta
Antara kita
Kini tinggal kenangan

Ingin kulupakan
Semua tentang dirimu
Namun tak lagi
Kan seperti dirimu
Oh bintangku

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Disini aku
Merindukan dirimu

Ingin ku coba
Mencari penggantimu
Namun tak lagi
Kan seperti dirimu
Oh kekasih

03 November 2009

Pokok Limau Purut ku...

Lihatlah betapa comenyer Pokok Limau Purut aku... Aku beli kat Pasar Malam Bandar U, Seri Iskandar 21 Okt yang lalu... Dan operasi pindahkan dia ke pasu yang aku beli kat econsave jugak pada hari yang cuma waktu yang berbeza sikit... Semasa aku beli memang sihat walafiat pokok ni... Dan sehingga hari ini dia masih sihat... Sayangnya masih tidak mengeluarkan pucuk lagi...
Ape gunanya aku menanam pokok ini??? Ofcos lar untuk tujuan memasak... Bile memasak menggunakan daun limau purut, keharuman akan lebih terserlah... Xcaye, anda leh cube nanti... tapi biarlah masukan pada masakan yang bersesuaian yer...

(Best giler dapat tanam Limau Purut ni... yehaaa....!!!!)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin