23 February 2010

Evolusi KL Drift 2 @ UTP

***********************************************************************
Dah tengok dah kelmarin. Malas nak update ke post baru kerana xde gambar menarik yang boleh di selitkan bersama... Kenapa????

Sebab-sebabnyer :
  1. Xleh bawak kamera masuk Hall... Sengal tahap mask rider...
  2. Kamera HP aku bukan leh zoom pun.. Gambar upe hampeh...
  3. Xde mood lar nak wat post baru. Ade sikit angin KUS-KUS dalam badan nih...

.......MULE-MULE KITA PUJI.....

Cite Evolusi KL Drift 2 memang tip top. Aku xlayan pun Evolusi KL Drift 1 tapi aku yakin yang 2 ni lagi hebat (buget pun hebat)... Aksi dia nampak real lar... Dah macam tengok Filem Gangster Hong Kong lak... Salute to Syamsul anak Yusof Haslam tuh...

TETAPI (ade gak tapi2 lagi???)
Ade lar part2 yang patutnyer leh wat meleleh tapi xleleh pun... Saat2 luahan hati, saat2 kematian, saat2 putus sahabat patutnya leh wat lebih torching lagi... That my opinion lar... Pastu honestly, Syamsul memang kaku dalam lakonan... Macam baca skrip jer... hahaha...

TAPI (Ade tapi lagi??? bape banyak tapi daa...)
Aku suke sebab xde lar terlalu menonjolkan dunia disko di mana selalu filem2 sosial camni bermodalkan... Nasib x banyak kehadiran wanita2 ghairah macam hantu tu... Nasib x banyak bahasa2 samseng dalam ni... Tapi 2ekor samseng tu xper lar... Dah wataknyer memang kepala samseng... kena otai...

So nanti 25th March 2010 sila lar ke pawagam tengok ni yer... Aku dah tengok sebulan awal tuh... Bangge... kekeke...


....... PASTU MASUK SEGMENT MENGUTUK LAK......

IRC Carnival's Management

Ohhh ni 1 hangin... Management dia worst sangat... Kalau kat pawagan, movie start Kul 9.10mlm. Tapi penonton leh masuk kul seawal 9mlm lagi... Tapi kat sini terbalik... Kate start kul8mlm, tapi kitorang dapat masuk jam 9mlm... PANAS BEB... PANAS!!!!! Berpeluh aku tunggu kat luar...

Bila di beri masuk lar, semua orang main serbu lar... Dah PANAS katekan... yang nyampah, dan-dan nak cek tiket lar (ni xpe lar), nak check beg lar sebab xleh bawak kamera... Heyyyyy please, dah lar bg masuk lambat. Wat orang tertunggu2, pastu banyak jer songeh... Tengok wayang pun x macam ni pun k... Hangin ngan management diorang... Committee sikit punyer ramai, ntah ape function ntah...

Thumbs DOWN to them...


***********************************************************************


Aktiviti malam ini adalah menonton ala-ala WAYANG kat Chancellor Hall UTP untuk tonton cite yang pada hakikatnya bukan lar jiwa aku... Oleh kerana tayangannya di UTP, aku datang gak... Bile lagi nak tengok ala-ala Wayang nih...

Jumpe malam ni OK...???

22 February 2010

A Moment wif Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Macam x cayer jer, dapat gak tengok Dr Sheikh Muszaphar Shukor secara life.... Wawawawa.... satu lagi pengalaman baru dalam hidup aku.... Last week jumpe dengan Ustaz Habiburrahim dan Ustaz Saiful, tapi hari ini ngan Dr Sheikh Muszaphar Shukor lak.... Bertuahnyer aku... hehehe....

Sebenarnya kehadiran dia kat UTP ni adalah untuk merasmikan IRC Carnival 1 Malaysia kat UTP ni.... Tq to IRC UTP sebab menganjurkan talk wif Dr Muszafar... Walaupun aku datang lambat.... [hehehe...] Tapi dapat gak dengar serba sedikit pengalaman dia kat angkasa lepas. Walaupun da biasa dengar dalam berita or paper, tapi bile dengar live rase lain sikit... hehehe....

Yang paling menarik perhatian aku adalah cara nak buang air kat angkasawan.... Lawak beb... Geli pun ade... Nak tau macam mane??? Maleh lar aku nak cite... 18sx....[kekeke...] Tapi nama pun angkasawan, kena lar adopt kehidupan kat sana... hehehe....

Anyway, kalau lah aku dah ade anak, nak jer aku bawak dia ke motivasi penuh ilmiah ni... Sesuai sangat untuk dak2 skolah and dak2 U pun ok gak... Sebab dak U ni belum tentu matangnyer lagi... hahaha... Jangan mare yer adik2... kekeke...

18 February 2010

Baitul Muslim Forum ~ Success

Di sini aku nak tunjukan serba ringkas peristiwa yang aku lalui semalam... 1 Malam di Baitul Muslim's Forum.... Sangat menarik.... Sangat memangkin jiwa.... Tiket RM5 tu aku rase berbaloi sangat.... Kalaulah 2 panel ni datang lagi UTP or mane2 yang memungkinkan kehadiran aku, aku akan cuba hadir.... Ustaz Saiful juga dah wat previuw kat blog dia berkenaan Forum Baitul Muslim ni... Klik HERE to view it... Thumbs up to Imma sebab selepas apa yang berlaku padamu membuka ruang hatimu dalam mencari nilai hidup yang sebenar.... Alhamdulillah....

What is "Baitul Muslim"????
Baitul = Rumah
Muslim = Kita semua (Insyaallah)

Forum ini berkisarkan rumah iaitu diri kita sendiri... Bagaimana untuk membina Cinta dalam diri supaya Cinta yang kita berikan sesama manusia adalah berlandaskan Islam atau dalam erti kata lain Cinta kerana Allah... Banyak remaja-remaja sekarang tau nak couple2 jer, tapi bile sentuh isu tanggungjawab, amanah atau keimanan, mesti tergaru-garu kepala... hahaha.... Itulah hakikatnya...

Terketawa aku bila Ustaz Saiful memberi nama baru pada BF & GF...

BF - Buayafren
GF - Gelifren...

[Sempat jugak mengedikan diri]

Ade sikit wardah yang aku suke sangat...

"Banyakan -menjadi- daripada -mencari-..."

"Jadilah lelaki soleh, nescaya akan hadirlah wanita yang solehah untuk anda. Dan jadilah wanita solehah kerana sesungguhnya wanita solehah hanya untuk lelaki soleh"

Mengancam ayat Ustaz Saiful kita ni.... Syabas ustaz....

[Prelude malam bersama Ustaz Habiburrahman & Ustaz Saiful]

Banyak sebenarnya yang diperkatakan... Tapi xlarat aku nak taip.... Semuanya mengupas "Dasar Cinta" yang hakiki... Banyak yang dah silap dengan istilah CINTA ni... X dilupakan juga ustaz Dawi Chayono... Begitu indah mendeklamasikan Sajaknya....


Tadi dapat email dari Ustaz Zuriat... Wahhhh Baitul Muslim semalam masuk paper... Syabas... Siap ade gambar Raihana lagi... Sweet nyer dia... Dia ni dak FYP II dah... Adek2 aku gak nih...

FYI - Raihana ni student fevret Abg Zaini... Kalau Abg Zaini tgk ni, mesti dia bangga...

Anyway, thanz a lot to Heart 4 Islam sebab menganjurkan Forum bertaraf WorLd lagi.... Hope next time leh wat lagi... Insyaallah barang yang baik akan mendapat sokongan semua dan Berkah Allah swt...

10 February 2010

2 Panelist yang aku Kagumi

Seronok... Seronok... Seronok...

Bersempena dengan Musim Heart Of Islam kat UTP sekarang ni, Rabu depan (17th Feb 2010) de 1 Forum.... Kalau ikutkan aku x lar bape join aktiviti student2 ni... Tapi ni kes lain... Aku excited giler.... Sebabnyer???? Sebabnye adalah :
  1. Panelist diorang adalah penulis novel kegemaran aku tika ini iaitu Habiburrahman El-Shizary (Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih)
  2. Dan panelist keduanya pula Ustaz Saiful yang popular dengan buku Aku Terima Nikahnya. Selain buku, Ustaz Saiful juga bz ngan blog dia, Saifulislam.com... Blog dia pun sangat2 menarik... Aku dah curi 1 artikel dia, "Erti Sebuah Perkahwinan"... Sape yang dah bace kat bawah ni, mesti setuju ngan my opinion... hehehe...
Rase cam x sabar jer nak jumpe dengan 2 panelist ni... 2 orang yang aku kagumi melalui tulisan mereka... Thanz tu B.o.o.dak Dayus tu... Sebab dia aku suka membaca... Sebab dia aku kenal panelist2 di atas...

Semoga Allah mengizinkan pertemuan aku dengan mereka berdua... Amin....

p/s : pada kawan2 yang berada area Ipoh or Sri Iskandar ni, meh lar join... Berbaloi-baloi... hehehe...

05 February 2010

Erti Sebenar Sebuah Perkahwinan

Align Center

Artikel ini sangat-sangat aku suka... Dan aku pasti korang jugak akan suka... Sebab ape, sebab ini berkenaan dengan tahap kematangan anda tentang erti perkahwinan yang sebenar... Pada yang belum bertemu jodoh jangan risau... Mungkin anda tidak bertemu dengan'nya' lagi kerana anda BELUM BERSEDIA. Atau insan yang terbaik itu belum muncul di kaca mata anda... Allah xnak kita tersalah langkah... Dan pada kawan aku yang nak kawen, TAHNIAH.... Arap niat dan hasrat anda bertepatan dengan Syariat Islam... Jangan Sekadar Syurga Dunia... Wallahualam... !!!!

Berikut adalah karya yang dicopy & paste dari Ustaz Saiful kita... Dialah penulis buku "Aku Terima Nikahnya"... Aku lum beli lagi buku dia ni... Tapi buku ni dikategorikan Best Seller kat MPH... Ermmmm cam sesuatu yang menarik.... Wajib beli... hehehe....


*************************

“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.


NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Naudhubillah

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.

Jangan sekadar syurga dunia.

“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]


************************

02 February 2010

Nak wat garisan pada ayat anda

Tips and trick untuk wat garisan palang pada ayat anda...

Sila buat macam ini....


Contoh ayat:

Imma sangat JAHAT

Imma sangat ^strike^JAHAT^/strike^ BAIK


Hasilnya....

Imma sangat JAHAT BAIK


Ok senang kan.... Nanti senang lah nak wat k....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin