25 May 2010

Kantoi Whatever...???

As suke2 memang lar aku suke Kantoi versi Jantan ni... Credit to my Bro Rashidithejourney. Tapi bile mengenangkan lirik2 ini dengan kehidupan aku, rase sakit jugak... Betul2 pentingkan diri sendir jantan2 sekarnag nih... Dah macam Dani dalam Adamaya jer semo... Ampeh...



p/s : terkenang kenangan lalu ngan 1st lirik ni... Agaknyer itu yang dia kate bile aku try call Mat Pisang tuh... Hampeh... Lu pikir, lu bagus sangat ker???

Weekend yang Lalu...

3G kembali nak mengedik-gedik di layar intranet ini.. Kuikuikui....

Ape kabor semo??? Sehat???
Sesungguhnya Cik Gedik aka CG amatlar malas memulakan kerja hari ini... BUT, Cik Gedik ade gak wat 1 keje... meng'fax' List of Calibrate Equipment to Miss Ling... Sudah lame CG memeram kerja ini, dan pada hari ini dalam sejarah, kerja itu dah sampai pun kepada insan yang berkenaan... hohoho... Wat cepat2 yer... Nanti bos i marah, nape equipment dah 2 tahun x calibrate... kuikuikui.... Sape nak jawab??? CG jugak....
Weekend yang lalu (idak lar weekend) starting petang Khamis sampai lar petang Isnin, CG menghabiskan mase ker KL... Nak watpe??? Ofcos lar CG nak g shopping... But for my little sister, dia nak Reg ker UM... Jadi apakah tujuan utama kami??? hahaha...

Di sini nak jugak menyelitkan rase baguih pada KTMB yang menyediakan Coach Wanita... Haritu CG naik... Memang baguih, xyah himpit2 ngan mat bangla ataupun mat nepal ataupun indon... Huhhh x kuase... Yang best lagi orang KTMB ade jaga kat entrance Komuter ni... So pada badigol2 yan xpaham2 bahasa, boleh lar dihalang dari masuk kawasan suci ini... hohoho... Bagus Abang2 KTMB... Baguih sungguh inisiatif anda dalam melindungi hak-hak kami... hehehe...

p/s : terkenang2 senyum simpul salah sorang abang KTMB... kuikuikui...

Malas nak bebel lebih2, yang nyata pershoppingan aku ke KL kali in sangat lar menjimatkan... jimat dari segi kuantiti barang yang di beli... banyak giler menda CG dapat menahan dari membelinya... Semakin matang CG kite ni yer... Bravo... Walaupun dah di bawa ke tempat fevret Shopping iaitu ke Mid Valley ang Jalan TAR, tapi masih banyak lebihan duit... Tetapi mase ke Mydin Mall, aku berabes banyak lar plak pada barang mekap... Huhuhu... Mekap Maybeline murah giler kat sane... Sape x mo wehhh...????

Sekian lar, wasalam...

p/s : Aku rindu sama Huda, Juju, T.am ngan Nonon (boleh lar masuk Nonon sekali.... )

18 May 2010

Kantoi....????

Cilok mencilok memanglah kebijaksanaan aku... Kalau x, x leh hidup beb... Kuikuikui... Actually aku cilok ini from my BBF Huda Rakal... Jangan mare yer... Aku malas lar nak search kat you tube... Pastu kena google lagi tuk cari Lyric nyer... Jadi pendek jalan, copy & paste jer lar... hehehe...

Lagu Kantoi nyanyi Zee Avi ni ade lar kena mengena sikit ngan diri aku... Baik aku pernah wat perangai mahupun aku dah terkena lik... Padan muke aku... Hohoho... Rilek luuuuuu ngan "Kantoi"




Semalam I call you, you x answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dgn kawan you
But when I call Tommy he said it was'nt true

So I drove my car pergi damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bile I sampai you, you x ada
Lagilah I jadi gila

So I called then called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi x dgr
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known your words were never true
Why am I with you? I pun tak tahu
No wonderlah my fwenz pun x ske you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex-boyfreind's best friend
... Tommy
Kantoi.....

07 May 2010

Hari Yang Bebal

Beratnya nak lalui hari ini... Hari jumaat kalau kebiasaannyer adalah hari yang paling best skali... Tapi hari ni down giler... Aisehhhh ape lar nasibku dalam mencari Cinta Sejati...

Aku kecewa ni sebab aku dah hilang 1 lagi harapan... Ingat bole di harap, ni baru dalam perkenalan pun hati dia leh berubah... Aikkk??? Sonangnyer engkau berubah ek???

Ni baru ombak sepoi-sepoi bahasa pun ko leh tewas, camne lar kalau kena Tsunami.... Alamatnyer aku babai lar Masjid... huhuhu... Nak tolong watpe??? Kang aku yang mampus sekali... Hahaha... Ape yang penting???? 'Diri Sendiri'... Wakakaka...

Walaupun kami hanya kawan++ (siap ada '++' lagi..) tapi bila dia kata suka orang lain terasa lar jugak beb... Aku ni ponpuan... Nak lagi Perempuan yang Sedang Mencari Cinta Sejati, ofcos lar menda2 ni menjadi 1 panahan petir dalam hati aku ni... Tertusuk jugak lar.... SAKIT Yarabbii...~~~ Tu pasal malam tadi aku nangis... Huahuahua... Sweetnyer muke ko nangis, yer Cik Imma??? Pastu dapat mimpi pelik2... Tu maksudnyer aku xpat tido lena lar seperti yang aku idam-idamkan Isnin lepas... huhuhu... Yang paling x tahan aku mimpi Hilman (Student aku) syok kat aku... Pastu jumpe ex-bos aku Suhaidi, kat umah dia... But yang paling best aku jumpa Juju Ilyana aka Tipah... Kalau jumpa camtu jer aku x kisah, ni siap dia bagi kad jemputan... Dalam kad tu aku nampak Miss Juju ni kawen 25 May tahun x nampak lar plak... Adakah 25 May 2010???? Jawab Miss Juju please.... hehehe...

Kesimpulannya,
Aku masih x jumpe lagi calon Cinta Sejati aku... Adakah aku akan menemuinya di sana??? Insyaallah... Semoga impian ku termakbul.... Allah sayang kita, jadi kita kena Sayang Allah selama-lamanya...

Puisi kat bawah ni aku tujukan pada kawan baik aku Huda, Juju, T.am ngan Nonon...

Rasa ini...
Ya Allah hanya Engkau yang mengerti.....
Apa yang tersurat di wajah...
Apa yang tersirat di hati...
Tiada mampu lagi kumenepis..
Rasa ini...

Berulang kali ku mencuba
Agar rasa ini jauh dari hati..
Bukan kerana aku benci..
Tapi..
Bimbang hadirnya rasa ini...
Bisa menjauhkan aku dariMu...

Tapi Ar-Rahman...
Dikau berkuasa atas segalanya...
Rasa ini makin kuat aku menepis..
Makin mudah ia menghampiri...
Akhirnya...
Aku pasrah jika ini ketentuanMU...

Ya Hanan..
Tiada insan mampu menepis rasa ini...
Rasa kasih, sayang, cinta dan rindu sesama insan..
Untuk itu Ya Karim...
Pimpinlah setiap kasih sayang cinta
Dan rinduku ini
Agar sentiasa di bawah pimpinanMu...
Janganlah sesekali rasa ini
Dibiarkan menghampiri murkaMu

Ya Ghaffur...
Andai rasa ini dibawah pimpinan dan redhaMu
Sampaikanlah rasa ini terus ke dalam hatinya
Tanpa sebarang bicara nyata..
Jadikanlah rasa ini pendorong kepadanya
suka bermunajat kepadaMu di malam hari..
Sayang akan Islam..
Kasih akan ummat Muhammad SAW
Cintakan jihad dan...
Rindu untuk syahid...

Ya Allah..
Pimpinlah rasa ini...
Agar aku terus taqarrub denganMu...
Amin....

Ehsan dari Ash Sinar

05 May 2010

Jawatan Kosong Yang Dikehendaki Segera


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

04 May 2010

Smokey Eye...

Tutorial untuk Me'Make-up'kan diri... Baik untuk aku dan pada kawan2 yang xreti mekap cam aku nih...huhuhu... Enjoy babe... Nanti kite jumpe, kite melaram mate sape lagi gorgeous... Kuikuikui....

** Tutorial ni aku pilih model2 yang mate sepek2... Jangan mare na...

1) Arab Sytle~~~




2) Japan Style ~~



3) Asian Style ~~~



p/s : hope pasni dapat mekap macam diorang....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin