Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

05 February 2009

Jom Makan KFC... Sedapppp...

Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran.


Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam.



Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel.

5 comments:

Anonymous said...

sedapnyer..kfc kite yok??
lame xmakan ayam byk2...

Imma Yusri said...

bukan ker baru jer pas makan nasi ayam hainan... siap extra ayam lagi order.. hehehe

n0n0n said...

mmg sedap....lazat hingga menjilat jari kaki...jom imma?ko blanje aku ea?hahahaha

Imma Yusri said...

aku lak kena banje.. ko yang patut banje.. ko kan bisnes man yang berjaya...

Anonymous said...

hehe..tu ayam lain...
kfc ayam lain....
jadi sila belanja....
teman tunggu ni...keke..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin