Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

31 May 2011

Tarif Elektrik NAIK

Berdasarkan berita kat MyMetro :

PUTRAJAYA: Pelarasan baru tarif elektrik berkuat kuasa esok yang dinaikkan 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj tidak akan membabitkan kenaikan bil kepada 4.4 juta pengguna domestik selagi mereka mengekalkan penggunaan bulanan pada kadar 300kWj ke bawah.

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata dalam membuat penyelarasan terhadap kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik, kerajaan mengambil kira beberapa faktor penting.

Malah, katanya, selaras dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah, jumlah jaluran penggunaan asas untuk pengguna domestik akan dikekalkan pada 200kWj sebulan, pada kadar 21.8sen/kWj. “Oleh itu, tiada kenaikan tarif untuk pengguna jaluran penggunaan asas terdiri daripada 3.3 juta (55.4 peratus) daripada pengguna domestik.

“Bagi 1.1 juta pengguna domestik (19.1 peratus) yang menggunakan elektrik 201 hingga 300kWj sebulan, mereka juga tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan, malah kadar tarif dikekalkan pada kadar unit 33.40sen/kWj.

“Ini bermakna 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300kWj sebulan atau kurang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Semakan Semula Tarif Elektrik di Semenanjung Malaysia, di sini, semalam. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Chin berkata, penyelarasan baru itu bermakna, penggunaan antara 1kWj sehingga 300kWj tidak mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik. Malah katanya, penggunaan antara 301 sehingga 1000kWj sebulan membabitkan 1.39 juta pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik di antara RM0.07 hingga RM30.30 (0.1 hingga 10 peratus).

Beliau berkata, bagi pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada mereka yang bil elektrik RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember ini. “Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun bagi membiayai pemberian bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di semenanjung,” katanya. Sementara bagi pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil penggunaannya juga tidak melebihi 200kWj sebulan, katanya, kadar kenaikan maksimum 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

“Pengguna industri voltan rendah seperti pengusaha industri memproses makanan kecil-kecilan menggunakan elektrik kurang daripada 200kWj sebulan pula mengalami kenaikan tarif maksimum 6.2 peratus atau RM4.00 sebulan,” katanya. Beliau berkata, tarif Industri Khas ditawarkan kepada sektor industri perbelanjaan elektrik bulanannya melebihi 5 peratus kos keseluruhan operasi masih dikekalkan dalam semakan tarif elektrik kali ini.

***************************

Syukur, sebab pengguna domestik xde kesan sangat... Tapi pada yang bil Rm70 ke atas be ware lar.... Hik3...

Dan aku yakin banyak lar bos2 aka NGO company mengeluh sebab bahagian domestik jer leh menten price lame, tapi diorang x.... Agak-agaknyer, pasni opis kite kena tukar dari aircond ke kipas kot.... Yuhuuuu~~~~~


Jom jimat elektrik.... Nak tau detail leh klik SINI...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin