06 February 2014

Rawatan Selsema & Kahak Untuk Bayi - Secara Semulajadi

Kalaulah masa berpantang hari tu, mama dapat petua di bawah ini bagi membuang kahak and hingus, mestilah mama buat.... Mama kalut sangat.... Dan kesilapan mama yang paling besar adalah beri Baby Yana dengan ubat batuk dan kahak walhal, baby seawal sebulan dua, amatlah tidak baik makan sebarang ubat... Mama kesal.... Huhuhu...

Owhhh mama pun baru dapat tau, rupa-rupanya untuk sedawakan anak, jangan tepuk direct kat tulang belakang baby... Ya Allah, mama tersilap lagi... Sungguh mama xtau semua ini... Sedihnya bila mama menjadi mama yang teruk untuk Baby Yana.... Sayang, mama minta maaf... Mama x sengaja... Mama sayangkan Yana sangat2....

Di harap petua dan langkah-langkah untuk membuang kahak dan hingus bayi ini dapat mama praktik kan nanti untuk Yana dan adik2 Yana.... InsyaAllah.... Mekaseh kepada sahabat FB mama, Eijah Einol sebab sudi berkongsi petua ini kepada kami ibu-ibu yang masih terpinga-pinga.... Huhuhu....

*****************

Assalamualaikum wbt.. Memandangkan ramai ibu-ibu yang tanya apa nak buat bila anak bawah dua tahun batuk dan selesema, jadi, saya nak kongsi tips yang amat berguna. Sebaik-baiknya, jgn bagi baby makan apa2 ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih, rawatan stim dan tepukan percussion. Ini ialah cara semulajadi yang sgt sesuai utk bayi. Orang dewasa pun kalau nak buat boleh je. Baru-baru ni baby saya 2 bulan batuk dan selesema, saya cuba cara ni walaupun mula2 tu ragu2 juga, tapi alhamdulillah, mmg BERKESAN. Mak dan suami sy pun impressed. Berikut, sy kongsi cara2 nya:

1) Buat minyak bawang putih 

For your info, bawang putih ni antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambik sebijik bawang putih, cucuk dgn garfu n bakar atas api sampai masak, kemudian letak atas pinggan, buang kulit yg hangit tu dn lenyek2 bwg putih tu dgn myk habbatussauda atau evoo atau vco atau myk masak pn boleh.

2) Rawatan stim

Cara ni boleh guna air panas letak dalam baldi atau periuk nasi atau steamer apa2. Macam saya, guna air panas dalam baldi je sbb senang tp wap cepat hilang. Dalam air panas tu, titikkan minyak bawang putih tadi. Nak campur dgn minyak habbatussauda' lagi bagus.

Then, letak baby atas riba, tiarapkan dan pastikan baby dpt hidu bau wap tadi. Dalam proses ni, lagi kuat baby nangis, lagi bagus sbb kahak lg senang keluar. Untuk yg new born sgt, pastikan muka baby jgn terlalu dekat dgn wap.

3) Tepukan percussion
Lps dah abis stim dalam 10 minit, tepuk belakang baby dengan cara tgn cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. tepuk di bahgian kiri dan kanan shj. Bukan tengah2. Takut kena tulang belakang.
Tepuk dalam 5 minit setiap kiri dan kanan.
Tepukan ni untuk keluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Macam anak saya, kahak x banyak keluar ikut hidung tapi najis. Cara nak tau, najis dia warna lain dan lbh likat dp biasa. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan.

4) lap peluh baby dan peluk dia supaya dia tenang

Then, sapu bawang putih tadi kat dada, belakang dada, ubun2 dan tapak kaki. Siap.

*********************

Semoga berkongsian ini bermanfaat buat kita semua.....

Saya sayang anak saya...
Mama sayang sangat-sangat pada Wardiyana Zafierah bt Mohd Rashidi....

2 comments:

Ima Sulaiman said...

Memang kena kuatkan hati nak wapkan anak bila dah selsema dan batu berkahak camni. Kita pun usaha yang terbaik untuk anak :)

Jemput datang ke blog saya, ada tips untuk buang kahak secara tradisional :)

http://imabijak.blogspot.com/

NINA FARHANA said...

Terima kasih atas info. Anak tengah batuk berkahak.kesian tgk malam2 tak lena tido.


http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin